Berikut senarai nama 26 pemain dipanggil ketua jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula Ahad ini (10 Februari) bagi menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja dari 17 hingga 26 Februari 2019.
|
Daripada senarai di atas, seramai 15 pemain dari skuad 23 pemain ke siri tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Bangkok, Thailand pada Januari lalu telah dikekalkan Kim Swee manakala baki lapan pemain digugurkan.
Sebagai ganti, Kim Swee telah menyenaraikan 11 pemain baharu terdiri daripada penjaga gol, Haziq Nadzli dan Dominic Tan (Johor Darul Ta’zim), R Dinesh dan Faisal Abdul Halim (Pahang), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC), Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir (Felda United), Syahmi Safari (Selangor), Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur), Ariusdius Jais (Sabah), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama) dan Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu FC).
Haziq, Dominic, Faisal, Syahmi dan Hadi merupakan anggota skuad B-23 kebangsaan pada Sukan Asia 2018 di Indonesia manakala Ariff, Ariusdius dan Izzan dipanggil pada kem latihan pusat bulan lalu tetapi tidak dibawa ke Bangkok kerana kecederaan.
Skuad B-22 kebangsaan akan berlatih selama lima hari di Wisma FAM sebelum barisan 23 pemain terakhir bakal dipilih Kim Swee untuk terbang ke Phnom Penh pada 15 Februari bagi menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia (20 Februari) dan Myanmar (22 Februari).
Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 24 Februari dan aksi final pula dijadual pada 26 Februari 2019. Semua perlawanan di Stadium Nasional, Phnom Penh.