Kegigihan, semangat, usaha, serta semangat berpasukan yang tinggi pastinya sekali lagi akan disaksikan dalam edisi kedua adidas Tango League yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Selepas edisi pertama berlangsung dengan penuh kerancakan pada bulan March lalu, adidas Tango League bakal berlangsung pula di “jalanan” kali ini. Gergasi pembekal pakaian sukan adidas sekali lagi membawakan kejohanan ini sebagai medan pemain mempamerkan bakat serta skil mereka.

Para pemain bola sepak jalanan yang terbaik antara usia 16 dan 25 dari seluruh negara sekali lagi bakal mempamerkan kemahiran bola sepak jalanan mereka yang unik dalam edisi “outdoor” kali ini di Open Space, Lot D1 KLCC. Menariknya, perlawanan kali ini bakal memberikan suasana bandar hebat seratus peratus kerana berlatar belakangkan bandar KL ditambah dengan limpahan lampu jalan.

Dengan gelanggang perlawanan yang lebih besar kali ini, 8 pasukan (dibahagikan kepada 2 kumpulan) akan bersaing dalam format 5 sebelah dalam saingan kali ini.

Juara keseluruhan adidas Tango League edisi kedua akan menerima wang tunai berjumlah RM5, 000 manakala naib juara pula akan pulang dengan RM3, 000.

Seperti edisi sulung lalu, pemain bola sepak profesional Malaysia tajaan adidas seperti Khairul Helmi (Kedah), Hazwan Bakri (Johor Darul Takzim) dan pemain Pulau Pinang yang pernah menggegar dunia hasil jaringan cantik daripada sepakan percuma, Faiz Subri juga turut hadir. Selain itu, model tajaan adidas, Roen Cian Nagapan dan Raf Yaakob juga akan hadir. Mereka akan bertindak sebagai penilai Pemain Terbaik Perlawanan/ Man Of The Match (MOTM) dan Pemain Paling Bernilai/ Most Valuable Player (MVP) pada hari tersebut.

Pemain yang memperoleh undian tertinggi untuk MOTM dan MVP daripada penilai akan mendapat “kurniaan” Tango League MVP serta dihadiahkan adidas boot deal sama seperti pemain TOT United, Mohd Shahril Anuar yang mendapat tajaan kontrak selama setahun selepas aksinya yang memikat penilai/ juri semasa edisi pertama lalu.

Di samping kerancakan Tango League, sesiapa yang berada di lokasi semasa hari kejohanan juga akan dapat merasai aktiviti-aktiviti lain seperti permainan FIFA 2017 Play Station 4, aktiviti mini Tango Pro, Gerai Foto Tango Pro dan persembahan “freestyle” oleh Kaki Style Crew.

Edisi Liga Tango ini adalah sejajar dengan pelancaran adidas ‘Ocean Storm NEMEZIZ’ yang mempamerkan trim biru dan turquoise di samping tiga jalur adidas berwarna kuning. Dipakai oleh Lionel Messi dari FC Barcelona, Roberto Firmino dari Liverpool dan Julian Draxler dari Paris Saint Germain, uniknya boot ini adalah dengan teknologi revolusioner ‘Agilitybandage’ dan ‘Torsiontapes’ bagi mengekalkan fit dan keselesaan pemakai. Bersesuaian dengan sulaman ‘Agilityknit 2.0’ ia juga menyediakan sentuhan langsung yang lembut, ringan dan mudah disesuaikan.