Connect with:




Sudah pasti berita mengenai francais Marvel iaitu sekuel keempat siri popular mereka, Avengers: Endgame sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat filem adiwira di seluruh dunia. Filem tersebut mula ditayangkan pada hari ini iaitu dua hari lebih awal dari tarikh yang dijadulkan sebelum ini.

Namun berita baik kepada peminat di seluruh dunia apabila sebuah syarikat barangan sukan Adidas telah menjalinkan kerjasama bersama Marvel menghasilkan koleksi khas ‘Heroes Among Us’ dengan memperkenalkan enam kasut yang mewakili watak Marvel iaitu Captain Marvel, Captain America, Black Panther, Iron Man, Thor dan Nick Fury.

Namun, kasut keluaran Adidas ini hanya terhad kepada kasut untuk sukan bola keranjang sahaja. Wira tersebut diwakili oleh atlet terkenal NBA dan WNBA James Harden, Damian Lillard, John Wall, Candace Parker, dan Tracy McGrady.

Kasut Captain Marvel (Marvel’s Captain Marvel | Pro Vision)

Marvel’s Captain Marvel | Pro Vision Foto: Adidas

Kasut bola keranjang ini menggabungkan reka bentuk yang diinspirasikan dari kasut bola keranjang jalanan dan dimodenkan. Direka dengan bahagian atas tertutup dan mempunyai kusyen kasut yang lembut serta midsole yang fleksibel untuk keselesaan ketika memakainya. Manakal outsole pula diperbuat daripada getah untuk memberikan cengkaman yang kuat.

Harga sekitar $110 (RM454.00).

Kasut Captain America (Marvel’s Captain America | N3xt L3v3l Shoes)

Marvel’s Captain America | N3xt L3v3l Shoes Foto: Adidas

Kasut ini mempunyai reka bentuk bahagian atas lebih tinggi yang menutup buku lali kaki. Kasut ini dibuat dengan kusyen Lightstrike untuk membantu anda menjana kelajuah ketika berlari di atas gelanggang. Outsole herringbone akan memberikan cengkaman tambahan untuk mengelakan kecederaan.

Harga sekitar $180 (RM743.00).

Kasut Black Panther (Marvel’s Black Panther | Dame 5 Shoes)

Marvel’s Black Panther | Dame 5 Shoes Foto: Adidas

Kasut ini lain dari yang lain, sesiapa yang mendapatkan kasut ini akan mempunyai tandatangan Damian Lillard pada kasut ini. Direka dengan bahagian atas melebihi buku lali kaki serta mempunyai kusyen yang lembut dan fleksibel untuk keselesaan yang lebih baik. Outsole herringbone memberikan cengkaman tambahan pada kayu keras supaya anda boleh menukar arah dengan cepat.

Harga sekitar $125 (RM516.00).

Kasut Iron Man (Marvel’s Iron Man | Harden Vol 3 Shoes)

Marvel’s Iron Man | Harden Vol 3 Shoes Foto: Adidas

Kasut bola keranjang ini diilhamkan oleh gaya permainan James Harden serta kasut ini memiliki tandatangan beliau. Kasut ini direka dengan bahagian atas tertutup dan memberikan kepantasan ketika berubah arah. Lebar midsole responsif akan memberikan tenaga pada setiap langkah dan outsole herringbone memberikan daya cengkaman kuat semasa anda memulakan dan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

Harga sekitar $150 (RM619.00).

Kasut Thor (Marvel’s Thor | Marquee Boost Shoes)

Marvel’s Thor | Marquee Boost Shoes Foto: Adidas

Menampilan reka bentuk klasik yang dimodenkan. Kasut ini direka untuk kecekapan dan ketangkasan pada gelanggang. Kasut ini mempunyai kolar pada buku lali kaki yang dibentuk dengan kusyen untuk memberikan sokongan dan keselesaan pada kaki. Midsole responsif akan memberikan tenaga pada setiap kaki melompat dan outsole herringbone memberikan cengkaman tambahan ketika anda berhenti dan pergi pada bila-bila masa sahaja.

Harga sekitar $140 (RM578.00).

Kasut Nick Fury (MARVEL’S NICK FURY | T-MAC 1 SHOES)

MARVEL’S NICK FURY | T-MAC 1 SHOES Foto: Adidas

 

 

Direka dengan mudah dan lancer, kasut ini diinspirasikan gaya retro dan ditandatangani oleh Tracy McGrady. Menampilkan bahagian atas adalah sintetik, ia direka untuk memberi anda rasa yang stabil. Outsole herringbone akan memberikan cengkaman tambahan ketika memotong pihak lawan dengan cepat dan cepat berpusing.

Harga sekitar $130 (RM537.00).

Menariknya, kasut-kasut ini turut akan dilancarkan di Malaysia bermula hari ini. Cuma, di Malaysia hanya tiga jenis sahaja yang akan dijual secara ramsi dan dua lagi adalah terhad buat pasaran luar negara. Hanya Marvel’s Iron Man – Harden Vol., Marvel’s Black Panther – Dame dan Marvel’s Captain America – N3XT L3V3L sahaja dijual dipasaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Adidas, Heroes Among Us https://www.adidas.com/us/heroes_among_us .

Foto: Adidas