Connect with:




Seorang atlet judo pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di negeri Perak  bulan lalu yang terbabit dengan kes penyalahgunaan bahan terlarang sehingga menyebabkan kegagalan ujian doping didapati tidak bersalah selepas  atlet berkenaan dikatakan hanya menerima suntikan intra-articular pada sendi September lalu dengan menggunakan suntikan triamcinolone untuk membaik pulih kecederaan bahu yang dialaminya.

Ia susulan dakwaan  bahan terlarang dalam ujian doping SUKMA 2018 membabitkan atlet wanita judo tuan rumah yang diumumkan Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, meskipun suntikan tersebut merupakan bahan terlarang dalam Agensi Antidoping Dunia (WADA)  tetapi, suntikan pada bahagian sendi adalah dibenarkan.

“Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa tidak ada unsur penyalahgunaan dalam kes berkenaan,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, sampel sebanyak 30ng/mililiter dikemukakan Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) itu adalah dos yang dibenarkan sekiranya atlet melakukan ujian doping.

Howard turut berharap, nama atlet berkenaan dapat dibersihkan memandangkan dia berada dalam keadaan tertekan selepas insiden tersebut.

Foto: Howard Lee