Mengikut kiraan jaringan gol, Mohamed Salah berpeluang besar untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika.

Hal ini kerana beliau kini mendahului sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan 14 gol.

Turut tersenarai, Pierre-Emerick Aubameyang dari Gabon dan rakan sepasukan Salah di Liverpool, Sadio Mane dari Senegal , sempena anugerah tahunan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Jurucakap CAF, Junior Binyam memberitahu kepada AFP, jawatankuasa penganjur memutuskan untuk mengenepikan kategori Pemain Terbaik Berpangkalan di Afrika dan kategori Pengadil Terbaik selepas hanya 10 pemain dan enam pengadil dicalonkan sejak pencalonan ditutup bulan lalu. – AFP

Berikut merupakan sedikit info tentang calon penerima anugerah Pemain Terbaik Afrika :

Salah,25, juga mencipta jaringan menakjubkan ketika membantu Mesir melangkah ke Piala Dunia 2018 di Russia dan tampil kali pertama di pusingan akhir dalam tempoh 28 tahun.

Foto kredit : Twitter (Aubameyang7)

Penyerang Borussia Dortmund, Aubameyang pula berada dalam senarai penjaring kedua terbanyak di Bundesliga, kurang dua gol berbanding bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Foto Kredit : Twitter (@LFC)

Mane juga menjadi nadi penting ketika membantu Senegal melangkah ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 2002.

  • Pemain Wanita Terbaik – Asisat Oshoala (NGR, Dalian Quanjian/CHN), Chrestina Kgatlana (RSA, UWC Ladies), Gabrielle Aboudi Onguene (CMR, CSKA Moscow/RUS)
  • Pemain Remaja Terbaik – Krepin Diatta (SEN, Sarpsborg/NOR), Patson Daka (ZAM, Liefering/AUT), Salam Giddou (MLI, Guidars)
  • Jurulatih Terbaik – Gernot Rohr (NGR), Hector Cuper (EGY), L’Hussein Amoutta (Wydad Casablanca/MAR)
  • Kelab Terbaik – Al Ahly (EGY), TP Mazembe (COD), Wydad (MAR)
  • Pasukan Kebangsaan Terbaik – Cameroon, Mesir, Nigeria
  • Pasukan Kebangsaan Wanita Terbaik: Ghana U-20, Nigeria U-20, Afrika Selatan

Sumber : Bernama

Foto Kredit : Twitter (@22mosalah)