Acara memanah hari ini membuka tirai dengan mempertandingkan 2 emas dalam acara recurve lelaki dan wanita yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Untuk acara Recurve lelaki, emas dimenangi oleh Mohd Alif Adha Hassan yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) hanya dibezakan dua mata, 614-612 dengan Mohamad Amir Imran Abdul Manaf dari Kolej Komuniti Malaysia (KKM). Tempat ketiga pula dimenangi Nazir Omar juga dari UPM.

Mohd Alif Adha Hassan (tengah), Mohamad Amir Imran Abdul Manaf, (kiri) Nazir Omar (kanan)

Bekas atlet kebangsaan ini yang pernah memenangi pingat gangsa di kejohanan AUG Singapura kini memberi fokus kepada pelajaran dan kejurulatihan.

Untuk acara Recurve wanita, atlet dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nur Aqilah Yusof berjaya memenangi emas apabila jauh meninggalkan Ang Ming Shan yang mewakili UPM, 581-568 dan gangsa di menangi wakil Universiti Sultan Zainal Abidin, Shaerra Ezzaty Saffuan.

Nur Aqilah Yusof ((tengah), Ang Ming (kiri), Shan Shaerra Ezzaty Saffuan (kanan)

Biarpun pertama kali menyertai SUKIPT, ia ternyata tidak memberi masalah kepada beliau untuk mempamerkan permainan yang terbaik.

“Acara recurve 70m adalah acara kegemaran saya dan saya sangat bersemangat setiap kali turun dalam acara kegemaran saya ini” ujar

Pencapaian terbaik beliau adalah dalam kejohanan SUKMA 2016 di Sarawak apabila berjaya membawa pulang 3 emas dan 2 gangsa.

Sukan memanah akan berlangsung pada 3 hingga 7 Februari dan 14 emas di tawarkan dalam sukan memanah ini. Ia akan berlangsung di Stadium Pavilion, UKM.