Connect with:




Selepas berjaya menganjurkan dua acara terbesar iaitu The Greatest Royal Rumble pada April 2018 dan Crown Jewel pada November 2018, Arab Saudi sekali lagi dipilih sebagai venue untuk acara WWE. Acara itu bakal diadakan di King Abdullah Sports City Stadium.

WWE akan kembali ke Jeddah pada 7 Jun ini untuk mengadakan acara ketiga sebagai sebahagian daripada perjanjian selama 10 tahun bersama pihak berkuasa sukan Arab Saudi.

Namun, nama untuk acara itu belum lagi diputuskan tetapi beberapa nama atlet gusti telah disenarai pendek oleh WWE. Antara atlet gusti yang terkenal yang akan berada di acara itu seperti Goldberg, Brock Lesnar dan The Undertaker.

Kali terakhir penampilan Brock di WWE pada April di Wrestlemania 35, manakala The Undertaker muncul kali terakhir di Raw selepas Wrestlemania. Namun, Goldberg tidak membuat penampilan selepas ditewaskan Brock dalam merebut gelaran Universal Championship di Wrestlemania 33. Hampir dua tahun Brock menjadi atlet gusti yang paling berpengaruh di WWE sebagai pemegang gelaran WWE Universal Championship.

Selain daripada mereka, turut telah disenaraikan adalah pemegang WWE Championship, Kofi Kingston, pemegang gelaran Universal Championship, Seth Rollins, Roman Reigns, Braun Strowman dan AJ Styles.

Acara ini sekali lagi tidak menampilkan atlet gusti wanita bagi menghormati Arab Saudi sebagai negara Islam. Hanya seorang wanita sahaja akan muncul iaitu Renee Young yang akan menjadi pengulas untuk acara itu bersama Corey Grave dan Michael Cole. Renee juga menjadi pengulas untuk dua acara di Arab Saudi sebelum ini.

Foto : WWE