Connect with:




Acara 4x400m campuran yang julung kali diperkenalkan di Sukan Asia ternyata memberikan impak positif meskipun berlaku sedikit kekeliruan antara atlet.

Konsep acara berkenaan itu memperuntukkan seramai dua atlet lelaki dan dua atlet wanita setiap pasukan dan membolehkan mereka memilih giliran untuk berlumba.

Dalam pada itu, sebanyak lapan pasukan yang bersaing di Jakarta dalam misi merebut acara debut mencipta pelbagai strategi bagi memenangi kejohanan tersebut.

“Pada mulanya, anda berasa sukar kerana anda fikir bagaimana cara untuk anda berlumba bersama pesaing wanita?” kata Abbas Abbas yang merupakan pemenang pingat emas dalam acara berkenaan.

“Namun, anda akan rasa selesa terutamanya apabila anda mempercayai ahli pasukan. Lebih teruja, ini adalah kali pertama saya berlumba dengan wanita.

Sementara itu, Yang Lei, atlet dari China menyifatkan acara tersebut sebagai ‘kekacauan’ selepas berlaku sedikit kekecohan pada penyerahan baton akhir, manakala Eri Utsunomiya(Jepun) memberitahu acara berkenaan sememangnya menyeronokkan.

Penyambungan campuran 4x400m juga bakal membuat debut globalnya di kejohanan dunia di Doha tahun depan dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, Tokyo pada tahun 2020.

Foto Kredit: SPIN(dot)ph