Para peminat sukan badminton di Malaysia akan teruja dengan berita baik bahawa acara tahunan ASICS Badminton Championship 2017 (ABC 2017) kini kembali berlangsung dari 13 sehingga 15 Oktober 2017. Kejohanan badminton berprestij yang dianjurkan oleh ASICS, jenama sukan berprestasi unggul, dijangka menarik 300 pemain-peman badminton amatur beraksi penuh debaran di gelanggang selama 3 hari.

Didorong oleh sambutan tinggi yang konsisten pada tahun-tahun sebelumnya, pihak penganjur akan memperuntukkan slot tambahan pada edisi 2017 untuk menampung kategori-kategori tambahan.

“Sepanjang tiga tahun yang lepas, ASICS Badminton Championship telah berkembang menjadi salah satu kejohanan badminton amatur terbuka yang terbesar di Malaysia. Kami amat yakin pertandingan ini akan terus menjadi platform yang kritikal untuk mengilap bakat tempatan yang bakal menjadi juara badminton dengan harapan untuk memperkukuhkan dominasi Malaysia sebagai sebuah negara unggul dalam acara sukan badminton,” kata Kenji Oh, Pengarah Pemasaran untuk ASICS Asia PTE. LTD.

Pusingan awal untuk ABC 2017 dijadual berlangsung selama dua hari di arena badminton terkemuka Sports Affairs, manakala pusingan akhir akan berlangsung pada hari akhir ketiga di depan ribuan penonton dan peminat di pusat membeli-belah Sunway Velocity. Pertandingan ABC 2017 juga dianjurkan sempena ‘Hari Sukan Negara’ peringkat kebangsaan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sukan dan memupuk gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.

“ASICS amat komited dalam usaha memupuk semangat kecemerlangan sukan di peringkat dunia dan di Malaysia. Kami berharap ASICS Badminton Championship akan memberi motivasi kepada para pemain sukan badminton Malaysia untuk terus berusaha keras demi mencapai matlamat mereka,” kata Kenji.

 

Maklumat ASICS Badminton Championship 2017

Pendaftaran

Pendaftaran rasmi dibuka bermula 22 Julai sehingga 29 September 2017 di www.asicsbadmintonchampionship.com. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi info@hivelocity.com.sg, atau lawati laman rasmi Facebook @ASICSBadmintonChamp dan halaman rasmi Instagram @asicsbadmintonchampionship.

Kategori dan Yuran Pendaftaran

Terdapat 7 kategori dengan sepadan yuran pendaftaran, termasuk: Lelaki Perseorangan Terbuka (RM40), Lelaki Perseorangan U21 (RM35), Wanita Perseorangan Terbuka (RM35), Kumpulan Lelaki Beregu Terbuka (RM80), Kumpulan Lelaki Beregu U21 (RM70), Kumpulan Wanita Beregu Terbuka ( RM70) dan Kumpulan Beregu Veteran (RM70).

Kadar Promosi Pra-Pelancaran ABC 2017

Peserta boleh menikmati kadar promosi pra-pelancaran sekiranya mereka mendaftar bermula 22 Julai sehingga 23 Julai 2017. Yuran pendaftaran adalah mengikut setiap kategori, termasuk: Lelaki Perseorangan Terbuka (RM30), Lelaki Perseorangan U21 (RM25), Wanita Perseorangan Terbuka (RM25 ), Lelaki Beregu Terbuka (RM60), Lelaki Beregu  Terbuka U21 (RM50), Wanita Beregu Terbuka (RM50) dan Veteran Beregu (RM50).

Hadiah

Hadiah termasuk kasut ASICS, baucer produk ASICS bernilai RM 17,300 dan wang tunai bernilai RM 6,250 bagi setiap 7 kategori yang bakal dimenangi.

 

ASICS GEL-BLADE 6

ASICS GEL-BLADE 6 ialah kasut gelanggang berprestasi tinggi baharu yang merupakan kasut rasmi untuk ASICS Badminton Championship 2017. 10 peserta pertama yang membeli ASICS GEL-BLADE 6 dari 22 Julai hingga 20 Ogos 2017 di 3 butik ini: Al-Ikhsan Sunway Pyramid, Perfect Sports Pertama Complex G1, Perfect Sports Pertama Complex G67, akan menerima slot ABC 2017 percuma. Peserta berdaftar ABC 2017 akan menikmati 50% diskaun untuk  pembelian GEL-BLADE 6  di 3 butik ini: ASICS Sunway Pyramid, ASICS AEON Shah Alam, and ASICS Sunway Velocity; promosi sah dari 22 Julai hingga 29 September 2017.

 

Untuk maklumat acara, sila layari:

Laman web: www.asicsbadmintonchampionship.com

Facebook: @ASICSBadmintonChamp

Instagram: @ASICSBadmintonChampionship

 

Ikuti @ASICSMalaysia untuk kandungan eksklusif serta berita terbaharu mengenai produk, acara, dan atlit elit ASICS. Untuk maklumat lanjut mengenai ASICS, sila layari www.asics.com.sg