Connect with:




BUENOS AIRES: Abang kepada bintang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi, Matias Messi, 35, ditahan di rumah oleh pasukan keselamatan Argentina susulan dituduh memiliki senjata api tanpa lesen, semalam.

Ia adalah kali kedua abang pemain bintang itu ditahan kerana memiliki senjata api. Kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara antara tiga tahun hingga lapan tahun jika sabit kesalahan.

“Penjamin ketika penahanan di rumah itu adalah bapanya sendiri Jorge Messi,” kata Ketua pejabat pendakwa raya jenayah siber dan senjata, Lucas Altare.

Peguam keluarga, Ignacio Carbone memberitahu wartawan bahawa defendan ‘seorang yang baik, dia tidak akan lari.

Kejadian itu mengakibatkan netizen mengecam Lionel Messi yang juga pemain terbaik dunia itu atas kelakuan abangnya.

AFP