Connect with:




Jika sebelum ini pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menggunakan khidmat pasangan kembar Aidil dan Zaquan Adha, kali ini gandingan Natxo dan Kiko Insa pula menjadi taruhan.

Kiko Insa mengesahkan bahawa dia akan beraksi bersama JDT setelah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama juara Liga Super itu.

Bekas pemain Bangkok Glass itu gembira dapat bergandingan beraksi bersama abangnya, Natxo Insa.

“Saya sangat gembira sebab abang saya ada di sini dan saya juga kenal ramai pemain kebangsaan dalam pasukan ini.

Khabar angin tentang perpindahan bekas pemain Pahang itu timbul setelah gambar beliau sedang berlatih bersama JDT dimuat naik oleh laman rasmi Facebook kelab itu, Johor Southern Tigers.

Penambahan Kiko ke dalam skuad pendahulu liga itu pasti akan memantapkan lagi kekuatan JDT yang sebelum itu telah menandatangani pemain Perancis, Harry Novillo.

Sumber :My Metro

Foto Kredit : Facebook Johor Southern Tigers