Connect with:




Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah, sebuah program pembangunan dan kejohanan badminton yang diperakui di peringkat kebangsaan dan dilancarkan pada 9 Oktober 2019, telah menyenaraikan 96 orang pemain yang terpilih untuk berentap dalam peringkat akhir yang akan berlangsung di Dewan Seri Sarjana, Uniten Bangi dari 20 hingga 22 Disember 2019.

Program ini dianjurkan oleh Kelab Badminton Sports Affairs dengan sokongan aktif dan perakuan daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Badminton Malaysia. Diuruskan oleh ikon badminton negara pada era 90-an, Rashid Sidek, Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah adalah satu tanda penghormatan buat penyokong badminton terunggul Malaysia, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah. Objektif pertandingan ini adalah untuk mencari, memupuk dan membentuk juara masa hadapan Malaysia.

Sejak pelancarannya pada Oktober 2019, lapan orang legenda badminton (Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Rahman Sidek, Ong Ewe Hock, Roslin Hashim, Zakry Latif, Koo Kien Keat dan Woon Khe Wei) yang menjayakan Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah memulakan pencarian mereka menerusi kembara seluruh negara dan klinik latihan yang berlangsung sepanjang November lalu. Kembara tersebut diadakan di enam lokasi berbeza (Pahang, Johor, Kedah, Sabah, Sarawak and Kuala Lumpur) yang merangkumi negeri-negeri jiran bagi mencungkil pemain badminton yang berbakat di antara umur 13 hingga 18 tahun. Pemain-pemain yang mengambil bahagian dicadangkan namanya oleh Kementerian Pendidikan.

Seramai 400 orang bakat muda telah dilatih sepanjang klinik latihan berlangsung dan 160 orang pemain yang berpotensi berjaya dikenal pasti. Akhirnya, 96 orang pemain sahaja disenaraikan oleh legenda-legenda ini untuk membentuk pasukan-pasukan mereka. (Nota: Sila rujuk senarai lengkap nama 96 orang pemain yang dikeluarkan oleh Juara Tangkis)

Rashid Sidek, yang bertindak sebagai Pengarah Program berkata “Sebulan telah berlalu sejak kami memulakan kembara kami untuk mencari pemain badminton yang bercita-cita tinggi di serata Malaysia. Kami kagum dengan sokongan yang amat menggalakkan yang ditunjukkan rakyat Malaysia sepanjang jelajah ini. Kami terpaksa mengambil keputusan yang sukar dengan menyenaraikan hanya 96 orang pemain yang akan berentap sesama sendiri menerusi lapan pasukan yang dibimbing oleh lapan orang legenda ini. Pertandingan akhir akan berlangsung selama tiga hari dari 20 hingga 22 Disember 2019.”

Juara Tangkis Tun. Dr. Siti Hasmah adalah satu acara berpasukan. Semua pemain akan bertanding menurut format Piala Sudirman dalam lima kategori: perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu campuran, beregu lelaki, dan beregu perempuan. Pada peringkat akhir yang ditunggu-tunggu, 8 pasukan tersebut akan bertanding pada dua peringkat.

Pasukan yang mara ke peringkat akhir akan merebut peluang untuk memenangi hadiah kejohanan seperti berikut: Johan: RM20,000, naib johan: RM12,000, tempat ketiga: RM8,000, tempat keempat: RM4,000 dan tempat kelima sehingga kelapan: RM1,500.

Perlawanan akhir Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah akan berlangsung di Dewan Seri Sarjana @ UNITEN Kajang dari 20 hingga 22 Disember 2019. Acara ini terbuka kepada orang ramai yang akan berpeluang untuk bertemu legenda-legenda badminton sewaktu sesi ramah mesra, menonton mereka bermain perlawanan pertunjukan, mengambil bahagian dalam permainan karnival, sudut bergambar, trak makanan, dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Maklumat lanjut tentang jurulatih dan format Juara Tangkis Tun Dr Siti Hasmah boleh dirujuk dalam risalah yang dilampirkan atau lawati: www.sportsaffairs.com.my .

TENTANG JUARA TANGKIS TUN DR. SITI HASMAH

Sudah hampir 30 tahun berlalu dan kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas adalah pada tahun 1992. Sudah masanya untuk wira yang lalu mencari juara baru. Mereka yang mempunyai impian tiada batasan. Yang usaha tidak kenal erti gagal.

Di bawah naungan penyokong badminton terunggul negara, YABhg Tun Dr. Siti Hasmah, lapan legenda badminton bersatu dalam satu persada untuk memberi peluang kepada bakat baru untuk memburu kegemilangan bersama. Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah yang mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan adalah

pertandingan badminton dan platform pembangunan yang bertujuan untuk mencari, memupuk dan membentuk juara masa hadapan Malaysia.

Dianjurkan oleh Kelab Badminton Sports Affairs dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Badminton Malaysia. Program ini adalah di bawah kelolaan Ketua