MANCHESTER, England: Eric Bailly mungkin tidak akan beraksi lagi buat musim ini akibat pemain itu memerlukan pembedahan susulan kecederaan buku lali yang berulang.

Pertahanan Manchester United dilihat tidak beraksi buat pasukannya selepas kekalahan di Chealsea bulan lalu, selepas dia mengalmi kecederaan ketika beraksi bersama skuad kebangsaannya ,Ivory Coast.

Pengurus United, Jose Mourinho menegaskan bahawa Bailly perlu menjalani pembedahan kerana kecederaan yang dialaminya amat serius.

Chris Smalling dan Phil Jones menjadi pilihan utama buat Mourinho bagi menguatkan pasukan United.

Manchester United menang tipis 1-0 ke atas Bournemouth  awal pagi tadi. – AFP

 

Kecederaan seorang pemain bola sepak

Berikut merupakan beberapa kecederaan yang biasa dialami bagi seorang pemain bola sepak :

Buku lali terseliuh

Buku lali merupakan satu bahagian yang terdapat banyak ligamen yang saling berhubung untuk menghubungkan tulang-tulang yang ada di bahagian tersebut.

Kecederaan ini boleh terjadi apabila kaki anda berada pada kedudukan yang tidak normal. Terdapat 3 tahap kecederaan buku lali:

  • ligamen-ligamen tertarik (tahap 1)
  • sebahagian dari ligamen-ligamen terkoyak (tahap 2)
  • kesemuanya koyak (tahap 3)

Cara untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan memakai pita buku lali (ankle tape) sebelum bermain.

Hasil kajian mendapati, 1 pemain hanya akan mendapat kecederaan buku lali dalam setiap 1000 perlawanan yang beliau beraksi berbanding setiap 33 perlawanan jika tidak memakai pita buku lali.

Kerosakan pada ligamen lutut

Ini merupakan kecederaan paling ditakuti oleh pemain bola sepak atau pun futsal.

Di bahagian lutut, terdapat 4 ligamen yang boleh tersimpul atau tertarik jika bermain. Namun begitu, ligamen yang diberi nama anterior cruciate ligament atau ACL merupakan kecederaan lutut paling ditakuti oleh pemain bola sepak dan futsal.

Kecederaan ACL ini boleh menyebabkan pemain untuk tidak beraksi untuk satu tempoh yang panjang, barangkali bertahun.

Dead leg

Masalah dead leg ini mampu menjadi penghilang mood untuk anda bermain bola sepak atau futsal.

Hal ini kerana apabila anda mengalami masalah ini, anda tidak akan mampu untuk menggerakan kaki anda dan ini memaksa anda untuk berhenti dari bermain perlawanan tersebut.

Kecederaan ini akan pulih dengan cepat. Ia mengambil masa dalam beberapa hari sahaja untuk pulih, dan jika kecederaan itu agak teruk ia akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk pulih.

Dead leg lazimnya berpunca dari asakan keras pihak lawan yang mengena kepada otot dan seterusnya tulang.

Apabila lutut dan tulang ‘bertembung’, ia menghasilkan kesakitan yang segera terhadap kaki anda.

Dead leg ini tiada cara untuk mengelaknya. Tetapi jika anda mengalaminya, anda boleh letakkan ais di kaki anda serta balut dengan anduh (bandage) secepat mungkin.

 

Kekejangan hamstring

Bagi yang tidak tahu, hamstring adalah salah satu bahagian yang terletak di bahagian belakang dan terletak di atas lutut.

Fungsinya ketika bermain bola adalah untuk mengawal kelajuan kaki ketika berlari serta kuasa yang diberikan oleh kaki ketika melakukan rembatan.

Cara untuk mengelak masalah ini adalah dengan memanaskan badan sebelum bermain. Lakukan juga sedikit regangan serta lakukan juga pecutan jarak dekat.

Mengambil masa seminggu untuk sembuh bergantung kepada kekuatan sesorang itu.

 

Kecederaan di bahagian keting

Masalah yang berlaku di bahagian keting ini merupakan masalah yang menyebabkan anda akan sukar untuk berjalan selepas beraksi.

Masalah ini yang dipanggil sebagai shin splints dalam bahasa Inggeris, adalah berpunca selepas anda berlari untuk satu tempoh yang panjang ketika bermain.

Ia terjadi selepas kaki terlalu banyak berkerja. Di dalam perlawanan, kaki ditugaskan untuk berlari.

Apabila ketika latihan pula, kaki digunakan untuk menampung berat badan ketika latihan yang menggunakan alat beban yang tinggi.

Untuk mengelakkan masalah ini, anda perlu lihat semula cara larian anda. Dapatkan nasihat pelatih mengenai cara larian yang betul yang mampu menghalang masalah ini dari berlaku lagi.

 

Foto Kredit : Twitter (@ericbailly24)