Connect with:




Harapan Pahang untuk meletakkan trio import pada musim depan terbantut jika perbincangan antara Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bersama pemain Brazil, Matheus Alves dan Yamil Romero gagal mencapai kata sepakat.

Menurut sumber Harian Metro, dalam masa ini hanya pemain dari Gambia, Mohamadou Sumareh sahaja sudah selesai menandatangani kontrak baharunya, sementara itu Alves dan Ramero masih belum memberi keputusan.

Bagi penjaring terbanyak Liga Super dengan 18 gol itu, dia masih bermain tarik tali bersama PBNP berkenaan dengan kontrak barunya bersama pasukan itu walaupun menunjukkan rasa minat untuk bersama Pahang.

Jika kedua pemain ini nekad untuk meninggalkan Pahang, ianya sudah pasti akan merencatkan usaha pasukan Pahang untuk mengekalkan tonggak utama mereka yang menjadi pemain penting dalam pasukan mereka.