Football Limited Liability Partnership (FMLLP) telah menambah kuota bagi pemain import dalam Liga Super. Menjadikan lima pemain import dibernarkan untuk bermain dala siri Liga Super.

Tindakan yang akan berkuatkuasa pada tahun 2018-2022 bakal merancakkan lagi arena suka bola sepak Malaysia.

Namun, dalam masa yang sama ianya akan membunuh karier pemain tempatan malah membebankan pasukan yang kekurangan dana.

Mari kita merungkap kembali beberapa pemain import yang pernah menghiasi arena bola sepak Malaysia suatu ketika dahulu.

 

Mehmet Durakovic

Durakovic dahulunya pernah menjadi salah seorang pemain import yang bermain untuk Selangor pada pertengahan 90-an.  Sebelum menjadi jurulatih Selangor pada tahun 2014, Durakovic telah bermain dan membantu  The Red Giants tiga musim , hasilnya Selangor memenangi Piala Malaysia  tiga kali berturut-turut, dua Piala Sumbangsih dan Piala FA pada masa itu.  Kehebatan Durakovic dalam menjadi jurulatih Selangor telah membuahkan hasil apabila Selangor berjaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2015 sebelum dia dipecat.  Pemecatan Durakovic tidak disenangi oleh para pemain pada ketika itu.

 

Fandi Ahmad

Fandi merupakan salah seorang pemain terbaik Asia Tenggara dimana beliau pernah mencipta impak di Singapura, Kuala Lumpur dan Pahang.  Boleh bermain sebagai penyerang atau pemain tengah, beliau juga pernah memenangi Kasut Emas semasa beraksi bersama Kuala Lumpur pada 1988.  Beliau juga menjaringkan gol tunggal untuk pasukan Pilihan Selangor semasa mereka beraksi menentang pasukan Diego Maradona, Boca Juniors dalam perlawanan persahabatan pada 1982.

 

Bambang Pamungkas

Bambang Pamungkas bermain bersama Selangor dari 2005 hingga 2007 dan serta merta menjadi idola kepada penyokong setia the Red Giants kerana aksinya yang hebat dan kecekapannya dalam kotak penalti. Pada tahun pertamanya dalam bola sepak Malaysia, ‘Bepe’ menjaringkan 41 gol dalam 43 perlawanan dalam semua pertandingan untuk membantu Selangor merangkul ‘treble’ – Liga Perdana Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia.

 

Philemon Chipeta

Perlis pernah mempunyai ramai pemain import yang hebat seperti Emile Mbouh Mbouh, Stephen Keshi, Kiatisuk Senamuang dan Zacharia Simukonda, tetapi terdapat seorang pemain yang paling menyerlah: Philemon Chipeta.  Pemain dari Zambia yang juga mewakili negaranya dalam Piala Afrika 2002 itu, memenangi anugerah Kasut Emas selepas menjaringkan 23 gol pada musim pertamanya dengan Singa Utara.  Kerananya juga, Perlis berjaya menjuarai Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 dan menjulang Liga Super Malaysia pada 2005.

 

Marlon Alex James

Sangat digemari oleh para penyokong dan dikenali ramai sebagai penyudah gol yang hebat, Marlon Alex James boleh dikatakan sebagai penyerang import terbaik yang pernah bermain di Malaysia.  Beliau membuat penampilan pertama dalam Liga Super Malaysia dengan Selangor MK Land pada 2004 sebelum berpindah ke Kedah pada 2006, di mana kehebatannya di hadapan gawang gol membantu Kedah menjulang ‘treble’ dalam dua musim berturut-turut.  Beliau meninggalkan Malaysia selepas peraturan “larangan pemain import” diperkenalkan.   Tetapi peraturan itu digugurkan pada 2012 dan telah membenarkan beliau kembali bermain untuk ATM. Tahun itu, beliau membantu the Gladiators menjuarai Liga Perdana Malaysia dan menempah tempat dalam Liga Super Malaysia

 

Luciano Figueroa

Pada awalnya dijangka akan meninggalkan pasukan selepas mengalami kecederaan serius pada 2015, Figueroa walaubagaimanapun bangkit dengan bergaya membantu JDT menjuarai Liga Super Malaysia pada tahun itu.  Berjaya mendapatkan semula tempatnya dalam pasukan dari Alhaji Kamara pada April 2015, pemenang pingat emas Olimpik 2005 itu menjaringkan 10 gol dan mencipta empat gol dalam 13 perlawanan. Beliau juga memainkan peranan penting dalam kejayaan bersejarah JDT menjuarai Piala AFC 2015.  Bekas pemain kebangsaan Argentina itu tiba pada Disember 2013 dan dijangka akan berganding dengan Pablo Aimar walaubagaimapun Aimar gagal menyesuaikan diri dan Figueroa menjadi kegemaran penyokong JDT.

Foto Kredit : Facebook (Football Malaysia LLP)