Connect with:




Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Isnin, 3 September 2018 bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Chinese Taipei di Taipei City pada 7 September dan bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 10 September 2018.

BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN
1. NAZMI FAIZ MANSOR 24 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
2. SYAFIQ AHMAD 23 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
3. SAFAWI RASID 21 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
4. ADAM NOR AZLIN 22 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
5. FARIZAL MARLIAS 32 PENJAGA GOL JOHOR DARUL TA’ZIM
6. FAZLY MAZLAN 25 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM II
7. HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY 25 PENJAGA GOL PERAK
8. SHAHRUL SAAD 25 PERTAHANAN PERAK
9. AMIRUL AZHAN AZNAN 25 PERTAHANAN PERAK
10. NASIR BASHARUDIN 28 TENGAH PERAK
11. RIZAL GHAZALI 26 PERTAHANAN KEDAH
12. AKRAM MAHINAN 25 TENGAH KEDAH
13. SYAZWAN ZAINON 29 TENGAH KEDAH
14. AKHYAR RASHID 19 TENGAH KEDAH
15. ZAQUAN ADHA ABD RADZAK 31 PENYERANG KUALA LUMPUR
16. SYAZWAN ANDIK ISHAK 22 PERTAHANAN KUALA LUMPUR
17. IRFAN ZAKARIA 23 TENGAH KUALA LUMPUR
18. KHAIRUL FAHMI CHE MAT 29 PENJAGA GOL MELAKA UNITED
19. RAWILSON BATUIL 24 PERTAHANAN SABAH
20. NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT 19 TENGAH KELANTAN
21. SHAHREL FIKRI MD FAUZI 24 PENYERANG NAKHON RATCHASIMA
22. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 32 PENYERANG PAHANG
23. MAHALLI JASULI 29 TENGAH PKNS FC
24. SYAHMI SAFARI 20 TENGAH SELANGOR

Daripada senarai di atas, seramai 16 pemain dari skuad 24 pemain dipanggil ketika aksi persahabatan antarabangsa bertemu Fiji di Cheras pada 5 Julai lalu yang berkesudahan skuad kebangsaan menang 1-0 telah dikekalkan Cheng Hoe bagi panggilan kali ini.

Lapan pemain tidak tersenarai kali ini iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dan Syawal Nordin (Kedah), Nazirul Naim Che Hashim dan Kenny Pallraj (Perak), Danial Ashraf Abdullah dan Shafiq Shaharudin (Kelantan), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United) serta Syahrul Azwari Ibrahim (Melaka United).

Sebagai ganti, Cheng Hoe telah memanggil lapan pemain baharu terdiri daripada penjaga gol Farizal Marlias (JDT), Fazly Mazlan (JDT II), Akhyar Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Shahrel Fikri Md Fauzi (Nakhon Ratchasima), Norshahrul Idlan Talaha (Pahang), Mahalli Jasuli (PKNS FC) dan Syahmi Safari (Selangor).

Selain itu, di kalangan 24 pemain yang dipanggil kali ini juga, sembilan daripadanya dari skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang baru selesai tugasan Sukan Asia 2018 di Indonesia selepas tewas 1-0 kepada Jepun pada Pusingan 16 Terbaik, Jumaat lalu (24 Ogos).

Sembilan pemain berkenaan adalah pemain kuota lebih umur, Rizal Ghazali, 26, (Kedah), Adam Nor Azlin, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad (JDT), Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur) serta Akhyar, Nik Akif Syahiran dan Syahmi.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri  Sembilan pada 3 dan 4 September sebelum berlepas ke Taipei City pada 5 September 2018.

Dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chinese Taipei dan Kemboja ini merupakan antara persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Seterusnya tiga lagi aksi persahabatan bakal menyusul menjelang sepak mula pada 8 November iaitu bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober, bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober dan bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018.