Pemain sensasi Belgium, Eden Hazard berhasrat untuk meninggalkan impak besar yang akan menjadi ingatan peminat The Blues di saingan Liga Juara-Juara pada musim ini selepas kegagalan musim yang lalu.

Kualiti yang dimiliki kapten Belgium itu tidak dapat dipersoalkan apabila disenaraikan sebagai calon pemain terbaik dalam anugerah Ballon d’Or selepas menjulang juara liga Perdana Inggeris (EPL), musim lalu.

Selepas tampil buat kali pertama dalam Liga Juara-Juara bersama Lille pada 2001, Hazard menghadapi kesukaran untuk mempamerkan bakat sebenar di pentas elit Eropah seperti yang dipersembahkan di liga tempatan.

Namun, Hazard mempunyai peluang untuk membuktikan kehebatannya ketika menentang AS Roma dalam saingan Kumpulan C.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte menyedari bahawa Hazard bakal mencapai kemuncak prestasinya pada musim ini, telah mencabar para pemainnya untuk mengetepikan personality dan perbezaan mereka dan bertindak sebagai satu pasukan.

“Eden beraksi dengan cemerlang pada musim lepas dan memainkan peranan penting buat Chelsea dalam memenangi liga.

“Dia merupakan pemain yang bagus dan memenangi liga itu merupakan sangat penting buat dirinya dan Chelsea,” katanya.

Rakan sepasukan, N’golo Kante juga tersenarai dalam anugerah Ballond’Or.