Connect with:




Selepas berjaya mengharungi pusingan 16 terakhir, kini hanya tinggal lapan pasukan yang mara untuk merebut kejuaraan Liga Europa. Dua wakil dari kelab England dan Sepanyol serta satu masing-masing dari Itali, Portugal, Jerman dan Republik Czech.

Arsenal di bawah kendalian Unai Emery berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk mara selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 di Stadium Emirates untuk agregat 4-3. Sementara itu, satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea juga mara dengan kemenangan besar 5-0 di tempat lawan untuk agregat 8-0.

Villarreal wakil dari Sepanyol yang berada di tangga ke-17 La Liga turut melakukan kejutan untuk mara walaupun pasukannya berada di ambang penyingkiran di La Liga. Turut mara pasukan di bawah kendalian Marcelino Garcia Toral, Valencia yang menyingkirkan FC Krasnodar.

Wakil tunggal kelab Itali, Napoli pula berjaya menetepikan cabaran pasukan dari Austria, Red Bull Salzburg walaupun tewas 1-3 di tempat lawan. Kemenangan 3-0 di tempat sendiri membantu skuad kendalian Carlo Ancelotti mara ke suku akhir.

Pendahulu liga Portugal, Benfica turut mara selepas bermain di masa tambahan untuk menewaskan Dinamo Zagreb. Satu lagi pendahulu liga, Slavia Prague melakukan kejutan kepada juara lima kali, Sevilla dengan kemenangan 6-5 menerusi agregat selepas masa tambahan.

Satu lagi pasukan yang melengkapkan lapan pasukan adalah Eintracht Frankfurt dari Jerman yang berjaya menewaskan pasukan yang mempunyai masalah dalaman, Inter Milan dengan kemenangan tipis 1-0.

Undian suku akhir akan dijalankan pada hari ini yang pastinya dua pasukan daripada England dan Sepanyol akan mengelak untuk bertemu sesama sendiri.

Foto: Sportskeeda