Percaturan Roberto Martínez meletakkan dua adik-beradik dalam perlawanan menentang cyprus malam tadi membuahkan hasil apabila Eden Hazard menyumbat dua gol sementara adiknya Thorgan Hazard menjaringkan satu gol memadai dengan kemenangan 4-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.

Belgium juga menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2018 Rusia dengan mendahului dalam kumpulan H.

Di dalam jadual, Cyprus sudah tersingkir dalam kelayakan piala dunia, akan tetapi perlawanan malam tadi adalah perlawanan pelengkap jadual dan pertarungan maruah, namun mereka gagal untuk mengekang asakan berganda yang dilakukan pasukan di ranking ke lima dunia itu.

Pada malam tadi, Martinez merombak formasi pasukan selepas kemenangan tipis 4-3 menentang Bosnia Herzegovina sabtu lalu, dia turut mengetepikan Marouane Fellaini akibat kecederaan, manakala Kevin De Bruyne diberikan rehat dalam perlawanan malam tadi.

Jaringan pertama hadir pada minit ke-12 menerusi sepakan jarak jauh Eden Hazard manakala adiknya yang juga buat kali peetaman bermain bersama abangnya menjaringkan gol pada minit ke-52.

Pada minit ke-63 Hazard menyempurnakan sepakan penalti apabila pengadil mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan Cyprus, Giorgos Merkis.

Penyerang sensasi Manchester United, Romelu Lukaku menggunakan kekuatan fizikalnya untuk melepasi halangan Giorgos Merkis untuk menjaringkan gol keempat Belgium pada minit ke-78.
Lukaku sekali lagi mengancam gawang Cyprus apabila jaringan pada minit ke-88 dibatalkan pengadil perlawanan kerana dia dalam kedudukan ofsaid

Bintang Manchester United ini tidak bernasib baik apabila jaringan keduanya pada minit ke-88 dibatalkan kerana ofsaid, namun ulang tayang menunjukkan dia berada selari dengan pemain pertahanan akhir lawan. – Reuters

 

Foto kredit: The Telegraph