Morten Frost menegaskan bahawa isu peletakan jawatanya dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tiada kaitan dengan para pemain yang kurang menyerlah pada kejohanan-kejohanan antarabangsa.

 

“Bagi saya, itu bukan sesuatu kegagalan.” Ujar Frost, memohan meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Teknikal BAM pada 11 September yang lalu.

 

“Ianya juga tiada kaitan dengan isu kegagalan atlet-atlet badminton kebangsaan mengenai prestasi hambar yang ditunjukkan pada tahun 2017.” Ujarnya lagi.

 

Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria menyifatkan ketidakupayaan para atlet pada kejohanan Piala Sudirman Gold Coast, Australia yang lalu untuk mendapatkan sekurangnya tempat ke empat Mei lalu adalah gagal.

 

Pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang lalu, Norza juga menganggap Malaysia telah gagal untuk merangkul dua pingat emas akibat daripada prestasi yang kurang baik ditunjukkan atlet.

 

Tambah Frost lagi, Malaysia cukup cemerlang pada tahun 2016 kerana berjaya peraih pingat perak di temasya sukan Olimpik Rio 2016.

 

“Dalam masa yang sama, kita mempunyai pemain berpengalaman yang telah melakar nama Malaysia di mata dunia seperti, Datuk Lee Chong Wei (Pemain nombor 1 dunia), Goh V Shem – Tan Wee Kiong (pemain beregu nombor 1 dunia) dan Chan Peng Soon – Goh Liu Ying (pemain beregu campuran nombor 3 dunia)”

 

“Ini sepaptutnya menjadi titik permulaan yang baru buat pemain badminton kebangsaan untuk terus bersaing di pentas yang lebih besar.” Ujarnya lagi.

 

Frost berkata, bahawa dia masih tidak membuat sebarang keputusan mengenai rancangan untuk masa depannya selepas ini, tetapi dia menyatakan bahawa dia masih melibatkan dirinya dalam kancah sukan badminton.

Foto Kredit: Asiana.MY