Connect with:




Akhirnya, kemuncak Sukan Olimpik Musim Sejuk yang ke-23 Pyeongchang melabuhkan tirainya dengan upacara penutup yang diadakan di stadium sementara yang dibina untuk Sukan Olimpik.

Acara yang dibanjiri seramai 35 000 orang juga turut dihadiri Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach serta Ketua Perisikan Korea Utara Jeneral Kim Yong-Chol, anak perempuan dan penasihat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump Ivanka Trump.

Dalam pada itu, banyak momen dan kenangan yang menakjubkan sepanjang kejohanan berlangsung. Tidak ketinggalan, kekurangan cetek juga ada dalam bidang pengurusan kejohanan tersebut. Jom kita lihat hal yang berlaku sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk edisi kali ini:-

  • Lebih ramai pasukan sorak dari atlet

    Ketibaan pasukan Sorak Korea Utara di  Transit Korea- Foto: VOA

Edisi kali ini, Korea Utara telah menghantar lebih ramai pasukan sorak berbanding atlet ke negara jiran mereka itu. Kemana sahaja mereka pergi, pasti ramai yang ingin mengambil gambar dan bersorak untuk mereka. Bagi kebanyakan penduduk Korea Selatan, ini adalah kali pertama mereka berjumpa dengan jiran yang berada di utara mereka. Hal ini disebabkan rakyat Korea Selatan percaya, warga Korea Utara amat terpisah dari masyarakat umum.

  • Naib Presiden Amerika Syarikat

    Perdana Menteri Shinzo Abe dari Jepun (kanan), Presiden Moon Jae-in  dari Korea Selatan dan Mike Pence semasa upacara pembukaan  Olimpik Musim Sejuk 2018. – Foto: Voa

Ia adalah Sukan Olimpik yang sukar untuk naib presiden AS, Mike Pence. Sebelum dan semasa Sukan, dia dikritik secara hebat oleh atlet LGBT Gus Kenworthy dan Adam Rippon kerana sikapnya terhadap hak gay. Kemudian, pada majlis perasmian Pence mendapati dirinya janggal duduk dekat dengan saudara perempuan Kim Jong-un dan delegasi VIP Korea Utara, ketika di Amerika Syarikat telah menumpukan lebih banyak tekanan diplomatik terhadap DPRK (Korea Utara) atas program nuklearnya. Dia tidak salam tangan mereka.

  • Sejarah tercipta buat Norway

Marit Bjørgen yang memenangi 15 pingat secara keseluruhan-Foto: Reuters/T. Melville)

Secara keseluruhannya, Norway mencipta sejarah mengungguli tangga pingat di Pyeongchang sebanyak 39 pingat. Apa yang lebih teruja, salah seorang atlet mereka, Marit Bjørgen, mengaut 15 pingat dari 39 pingat tersebut. Berusia 37 tahun, ini adalah Olimpik kelima yang disertai oleh beliau. Beliau memenangi pingat dalam setiap acara yang dipertandingkan!

  • Bukan sekali jatuh, bukan dua kali tetapi tiga kali

    Elise Christie dilihat menitiskan air mata ketika jatuh beraksi di trek luncur- Foto: SKY

Atlet speed skating, Elise Christie jatuh sebanyak tiga kali semasa di trek. Walaupun beliau merupakan pemenang pingat emas dalam kejohanan Dunia 2017, namun nasib berbeza di Sukan Olimpik, apabila beliau sering kali terlibat dalam enam kemalangan berturut-turut.

 

  • Cuaca buruk

    Cuaca yang dikatakan “terlalu bahaya” buat peluncur

Angin yang kencang menyaksikan beberapa acara termasuk lompatan ski dibatalkan dan ditangguh beberapa hari. Dalam acara snowboarding wanita, keadaaan yang digambarkan oleh pesaing “sangat berbahaya” namun tetap diteruskan.

  • Hari Kekasih dan hobi

    Seluar yang digunakan oleh pasukan Norway berwarna merah jambu sempena hari kekasih.- Foto: NBC

Selain mendahului tangga pingat, Norway juga membuat kejutan yang melucukan pada hari Kekasih. Pasukan mereka dilihat memakai seluar panjang yang bercorakkan hati berwarna merah jambu menghiasi arena ais Pyeongchang. Selain itu, salah seorang atlet Olimpik dair Finland mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau mengait selimut dan dihadiahkan untuk anak kepada presiden Finland yang baru sahaja lahir.

  • Aksi pakaian peluncur terdedah

    Pakaian Gabriella Papadakis yang terdedah secara tidak sengaja. -Foto: US Weekly

Penari luncur ais Perancis Gabriella Papadakis akan mengenang penampilannya di Pyeongchang. Nak tahu sebab apa? Semasa menari dengan Guillaume Cizeron, pakaiannya secara tiba-tiba terdedah lebih daripada biasa secara tidak sengaja. “Ia adalah mimpi ngeri saya yang paling teruk berlaku di Sukan Olimpik,” katanya. Bagaimanapun, pasangan itu terus mengekalkan momentum, bergembira di pentas dan akhirnya mereka berjaya memenangi pingat perak.

Semoga perkara yang tidak baik akan dapat diperbaiki untuk Sukan Olimpik akan datang. Sementara itu, Ibu negara China, iaitu Beijing akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Syabas dan tahniah buat kontijen yang terlibat dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk untuk edisi kali ini.