Semalam menyaksiikan Rufino Segovia terus mencetak gol, menjadikannya antara pemain dalam senarai teratas penjaring terbanyak liga super musim ini. Baru-baru ini Dunia Sukan telah menjadikan penyerang Selangor ini sebagai penghias muka depan majalah Dunia Sukan.

Rufino sememangnya mempunyai aura tersendiri – dalam dan luar padang. Dalam temubual tersebut, kami menyedari ada beberapa perkara menarik mengenai Rufino yang dikongsikannya sendiri. Berikut antara perkara menarik mengenai Rufino Segovia:

1) SENTIASA MAHU PENYOKONG SELANGOR GEMBIRA

Walapun sudah berusia 33 tahun, soal persaraan dan karier selepas bolasepak bukan dalam pemikirannya ketika ini.

“Saya masih mahu bermain bolasepak dan memenanagi kejuaraan. Saya percaya pasukan Selangor musim ini mmepunyai ramuan untuk merangkul piala” kata Rufino.

“Tahun ini, Selangor membawa masuk ramai pemain-pemain muda. Saya melihat mereka semua sangat berbakat. Saya percaya jika diberikan tempoh 2,3 tahun lagi, Selangor akan menjadi lebih kuat”.

 

2) PERLAWANAN PALING DIINGATI DI MALAYSIA

Aksi kompetetif pertamanya di Malaysia bermula dengan kemenangan 3-1 ke atas T-Team. Perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2017 menentang Kedah pula menjadi antara perlawanan paling diingatinya setakat ini.

“Kami tewas 2-3 kepada Kedah namun yang membuatkan saya sentiasa mengingati perlawanan itu adalah saya berjaya mencetak dua gol. Ia malam yang istimewa buat saya”.

 

3) LA LIGA DAN ESPANA

Satu perkara menarik mengenai Rufino adalah pengalamannya beraksi di La Liga. Selepas mewakili Rayo Vallecano, Rufino berhijrah ke Atletico Madrid dimana posisi serangan menjadi rebutan antara dirinya, Fernando Torres dan Mateja Kezman.

“Sangat sukar untuk saya masuk ke senarai kesebelasan pilihan malah untuk muncul di bangku simpanan juga cukup susah.

“Hanya selepas Kezman berpindah, baru saya dapat peluang namun kemunculan saya sangat terhad. Maka saya membuat keputusan untuk berhijrah.

La Liga sememangnya liga yang cukup mencabar buat Rufino. Taktikal, mental dan fizikal berada dalam kelas berbeza berbanding liga-liga utama di seluruh dunia.

Kejayaan Sepanyol pada EURO dan Piala Dunia juga tidak dinafikan membuka ruang untuk Rufino ‘keluar’ dari La Liga

“Sebelum Sepanyol menang kejuaraan eropah dan piala dunia, sukar untuk pemain Sepanyol mendapat tempat sebagai pemain import di liga-liga luar terutamanya di Asia.

“Kebanyakan pasukan lebih suka membawa masuk pemain Brazil. Selepas Sepanyol menjuarai EUR0 2008 dan Piala Dunia 2010, kelab-kelab ini mula membuka mata. Mereka sudah yakin dengan kemampuan pemain Sepanyol”.

4) MAKANAN KEGEMARAN

Makanan tempatan kegemaran – Nasi goreng dan mee goreng

5) LOKASI PERCUTIAN

Batu Caves dan Menara KLCC

6) SHAH ALAM ATAU CHERAS?

Shah Alam atau Cheras – Saya lebih suka Cheras jika dibandingkan dengan stadium tahun lalu iaitu Selayang. Bagaimanapun saya harap dapat berbaksi di Shah Alam.

7) REAL MADRID ATAU ATLETICO?

Real Madrid. Saya memang pernah beraksi untuk Atletico tetapi sejak kecil saya menyokong Real Madrid.