Zlatan Ibrahimovic telah mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester United setelah melengkapkan perpindahan ke kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy.

Ibrahimovic yang mula menyarung jersi United pada 2016 dan telah mengumpul sebanyak 29 gol pada ‘debut’ pertamanya di Liga Perdana Inggeris sebelum ditimpa kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang.

Mari kita lihat tujuh perkara yang akan berlaku selepas Ibrahimovic menyertai LA Galaxy.

1.‘Tuhan’ baru di Galaxy

Para peminat LA Galaxy ketika ini berasa sangat gembira dan mengalu-alukan ‘The God’ itu ke kelab mereka. Ibrahimovic yang sebelum ini menyatakan bahawa beliau adalah ‘Tuhan’ bolasepak dan jangan terkejut jika anda terlihat sepanduk “Selamat Datang Ibrahimovic ke Los Angeles” di mana-mana di LA.

2. Kerugian buat United

Ibrahimovic yang mempunyai sifat kepimpinan di dalam bilik persalinan ketika di United, bersedia untuk berkongsi pengalaman, keyakinan dan semangat juang kepada rakan sepasukannya. Satu kerugian yang besar buat The Red Devils tidak kira di dalam atau di luar padang. Dengan kehadiran beliau di LA Galaxy, ini dapat membantu pasukan barunya untuk menjadi lebih matang dan lebih kuat.

3. Masa untuk ‘pembersihan’ skuad

Berikutan perpindahan Ibrahimovic,  Jose Mourinho berada dalam landasan yang betul untuk membersihkan ‘kayu mati’ di dalam pasukannya. Para peminat berharap usaha ini berterusan dengan membayangkan Ashley Young dan juga Marouane Fellaini bakal mengikuti jejak langkah Ibrahimovic.

4. Peluang buat Martial dan Rashford

Dengan pemergian Zlatan, hanya tinggal Romelu Lukaku yang bertindak sebagai penyerang tunggal di United. Ini akan menjadi satu berita gembira buat Marcus Rashford dan Anthony Martial kerana mereka akan dapat bermain lebih banyak perlawanan berbanding sebelum ini dan akan bertindak sebagai ‘back-up’ kepada Lukaku.

5. Jersi nombor 10

Ketiadaan Ibrahimovic juga membuatkan ramai peminat tertanya-tanya siapakah yang bakal memakai jersi bernombor 10. Antara calon yang dikatakan bakal menyarung jersi nombor 10 adalah bintang tengah United, Paul Pobga ataupun bakal disarung oleh pemain baru nanti. Jersi nombor 10 di United menjadi rebutan kerana ianya melambangkan kehebatan seseorang pemain itu selain jersi nombor tujuh.

6. Ibrahimovic kuasai England

Zlatan menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ‘raja’ kerana berjaya menggegarkan England dengan aura dan juga persembahan beliau di atas padang. Kehadiran beliau di England juga telah memecahkan rekod penjualan jersi dan juga menjaringkan gol kemenangan dalam final Piala Komuniti dan juga Piala Liga. Pemenang Liga Europa itu juga telah mencetak gol sebanyak 29 dan 10 umpanan dalam 53 perlawanan. Beliau masih mampu beraksi di tahap tertinggi walaupun sudah berusia 35 tahun!

7. Amerika sudah bersedia?

Selepas berjaya mendominasi Eropah dengan memenangi empat daripada lima kejuaraan utama liga, legenda seperti Ibrahimovic tidak diragui bakal mendominasi liga MLS sekali lagi. Beliau yang memenangi kejuaraan liga di negara yang berbeza, bakal menjadikan liga MLS seperti taman permainan tempat beliau bermain.

Foto Kredit : pinterest(dot)co(dot)uk