Connect with:




Dengan bermulanya final Liga Juara-juara pada 27 Mei nanti, Real Madrid boleh menjadi kelab pertama yang memenangi gelaran hatrik Liga Juara-juara bertemu Liverpool. Sebelum ini, mereka telah memenanginya berturut-turut bagi edisi 2016 dan 2017.

Mari kita lihat 7 perkara yang bakal berlaku jika Real Madrid memenangi trofi Liga Juara-Juara musim ini;

1 ‘Real’ Raja Eropah

Sekiranya Los Blancos memenangi UCL musim ini, ianya bakal menjadi gelaran keempat mereka dalam tempoh lima tahun. Hal ini boleh menyamai rekod atau lebih baik daripada penguasaan mereka dalam saingan peringkat Eropah lewat tahun 1950, apabila mereka memenangi sebanyak enam kejuaraan.

2- Ronaldo mengatasi Messi

Jaguh bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo berkemungkinan bakal memenangi anugerah paling berprestij, Ballon d’OR buat kali keenam mengatasi Lionel Messi yang memenanginya sebanyak lima kali.

3- Mo Salah bakal kecewa

Umum ramai mengetahui Salah sedang berada di kemuncak kejayaan dalam kariernya Namun, dia mungkin akan tamatkan kejohanan tanpa anugerah Balllon d’Or dan bakal disamakan dengan Dybala atau Neymar. Walapun beliau mempamerkan aksi yang cemerlang, tetapi mustahil bagi Salah untuk memburu gelaran tersebut yang dikuasai oleh Ronaldo dan Messi.

4- Masih Liverpool yang sama

Jika Real Madrid meenjulang trofi Liga Juara-juara musim ini, Liverpool sekali lagi akan melalui tahun tanpa memenangi sebarang piala. Ini akan memberi tekanan kepada pengendali The Reds, Jurgen Klopp yang gagal meraih sebarang trofi bersama Liverpool sepanjang tiga musim lalu, walaupun pasukannya mempamerkan corak permainan yang baik.

5- Kacau ‘mood’ Barcelona

Walaupun merangkul dua gelaran domestik, Barcelona bakal kecewa sekiranya seteru utamanya menjulang piala Eropah. Selain itu, jika Barcelona mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan La Liga, mungkin ianya akan memberi sedikit keceriaan buat mereka.

6- Zidane kekal di Madrid

Sebelum ini timbul spekulasi pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane bakal dipecat ekoran permsebahan hambar dalam saingan La Liga dan juga tersingkir dari Piala Copa Del Rey, harapannya kini tinggal pada saingan final Liga Juara-juara. Zidane akan kekal sekuarang-kurangnya untuk satu musim lagi jika memenangi gelaran Liga-liga Juara.

7- UEFA Real Madrid’s ‘league’?

Real Madrid sekali lagi menjadi pilihan untuk menjulang trofi Liga Juara-juara sama seperti musim-musim yang lepas. Ada yang berpendapat bahawa lebih baik jika menyerahkan terus trofi kejuaraan kepada mereka jika tahu mereka akan menang sekali lagi. Situasi ini menyebabkan saingan Liga Juara Juara sudah boleh diramal dan membosankan seperti Ligue 1 dan Bundesliga.

Foto Kredit: Quora