Jika anda peminat setia Liverpool, pastinya perlawanan akhir Liga Juara-juara 2005 akan terus menjadi ingatan. Kini, The Reds sekali lagi berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-juara di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Mari kita lihat 7 perkara yang bakal berlaku jika Liverpool memenangi trofi Liga Juara-Juara musim ini;

  • Berakhirnya penguasaan Real Madrid di Eropah

Sekiranya Liverpool menewaskan Real Madrid atau Bayern Munich dalam perlawanan final, bukan sahaja mereka memenangi satu-satunya trofi terbesar di benua Eropah malah,  mereka turut berjaya mengakhiri penguasaan kelab dari Sepanyol terutama sekali Los Blancos yang mendominasi saingan Liga Juara-juara sejak empat tahun lalu.

  • Jurgen Klopp ‘effect’

Sebelum ini, Klopp bertangunggjawab membawa Borrussia Dortmund ke perlawanan akhir UCL pada tahun 2013. Ia tidak mustahil buatnya sekali lagi untuk mencipta sejarah dengan membawa Liverpool ke peringkat lebih tinggi tanpa melaburkan duit yang banyak dalam jendela perpindahan.

  • Ballon d’Or milik Salah?

Mohamed Salah telah memainkan peranan penting buat Liverpool daam kempen Eropah setakat ini, setelah mempamerkan aksi menakjubkan ketika perlawanan suku akhir dan separuh akhir menentang Manchester city serta Roma.

Jika diambil dari segi persembahannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris, memenangi UCL akan memberikan peluang buat pemain berusia 25 tahun ini sebagai calon utama bagi gelaran Ballon d’Or.

  • Status ‘Legend’ pemain Egypt secara serta-merta

Salah selaku pemain antarabangsa Mesir ini sudah pun menjadi pemain kegemaran buat penyokong bola sepak dunia berikutan jaringan gol yang sangat memukau. Jika dia berjaya membawa pasukannya memenangi gelaran Eropah, maka dia akan mengatasi pemain seperti Fernando Torres dan Luis Suarez sebelum ini di Liverpool, malah statusnya akan berubah dengan cepat menjadi legenda kelab- dalam musim pertamanya untuk The Reds.

  • Coutinho bakal menyesal

Sebelum ini, Phillippe Countinho membuat keputusan meninggalkan Liverpool untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dengan impian untuk menjulang trofi UCL. Walaubagaimanapun, dia akan menghadapi kekesalan jika melihat Liverpool memenangi piala berkenaan di depan kaca tv.

  • Mimpi ngeri Manchester United

Manchester United bakal berasa tercabar kerana melihat dua pesaing utamanya, Liverpool dan Manchester City menjulang trofi utama musim ini. Penyokong The Red Devils pastinya akan ‘dibahan’ olwh penyokong Liverpool jika mereka menang dalam perlawanan akhir UCL nanti.

  • Kelab terbaik di England?

Sekiranya mereka berjaya mendakap trofi UCL yang keenam, pastinya ini akan mencabar kredibilti Manchester United sebagai kelab terbaik di England yang memenangi 20 kejuaraan EPL.

Foto Kredit: FB Liverpool