Connect with:




Selepas mempamerkan prestasi cemerlang musim ini dengan meledak 33 gol untuk Liverpool dalam kancah Liga Perdana Inggeris, Mohamed Salah muncul sebagai pencabar utama kepada ‘dua makhluk asing’. Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bagi gelaran Ballon d’Or. Mari kita lihat apa akan berlaku jika Mo Salah memenangi Ballon d’Or :

1. Pecah Dominasi

Dominasi Messi dan Ronaldo untuk anugerah berprestij itu sudah berlanjutan sejak 10 tahun yang lalu dan kini Salah mungkin mampu memecahkan dominasi tersebut jika dia dapat membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara musim ini.

Musim ini memperlihatkan saingan tiga penjuru dengan Messi, Ronaldo dan Salah masing-masing menunjukkan kehebatan mereka dengan menjaringkan banyak gol. Namun, peluang Messi untuk memenangi gelaran itu tampak sukar kerana Barcelona tersingkir pada peringkat suku akhir di tangan AS Roma.

Kini hanya tinggal Salah dan Ronaldo kerana mereka akan bertemu di final Liga Juara Juara musim ini.

 

2. Kesilapan besar Chelsea

Chelsea yang sebelum ini menjual beberapa ‘key palyer’ mereka seperti Juan Mata, Nemanja Matic, Mo Salah dan Kevin De Bruyne, akan berasa sangat menyesal kerana kelab lain sedang menuai hasil mereka.

KDB telah membantu Manchester City muncul juara EPL musim ini, Mata dan Matic membantu Manchester United layak ke final piala FA dan Salah membantu Liverpool mara ke final Liga Juara Juara. Manakala Chelsea sedang bergelut untuk layak ke UCL musim depan selepas menduduki tangga kelima liga EPL.

 

3. Pembelian terbaik musim ini?

Jika Salah memenangi gelaran individu tersebut, ia bakal menjadi pembelian terbaik buat Liverpool musim ini selepas membelanjakan $40m untuk membawa Salah ke Anfield.

Sebelum ini Ronaldo menjadi pembelian paling terbaik sepanjang zaman selepas Real Madrid membelinya dari Manchester United dan sejak itu, dia telah memenangi Ballon d’Or sebanyak 5 kali, kejuaraan domestik dan Eropah serta muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelabnya.

 

4. Neymar terlepas peluang

Bintang Paris Saint Germain (PSG) ini merupakan saingan kepada Ronaldo dan Messi sejak tiga tahun yang lalu dan sekali lagi bakal terlepas peluang untuk memenangi gelaran tersebut jika ia menjadi milik Salah.

Kali ini, ia akan menjadi lebih menyakitkan kerana bakal kehilangan posisi pemain ketiga terbaik dunia jika Salah memenangi gelaran Ballon d’Or musim ini.

 

5. Perpindahan akan berlaku?

Ketika ini pasukan elit Eropah pastinya akan menyediakan wang yang banyak untuk memancing Salah ke kelab mereka dan salah satu kelab tersebut ialah Real Madrid.

Kelab Los Blancos itu bersedia untuk memecahkan rekod dunia sekali lagi untuk membeli Salah dan berkemungkinan akan melupakan hasrat untuk membawa Neymar ke Bernabeu.

 

6. Michael Owen ‘baru’?

Salah akan mengulangi kejayaan Michael Owen dan muncul sebagai pemain kedua dalam sejarah Liverpool memenangi gelaran Ballon d’Or.

 

7. Raja benua Afrika

Salah sebelum ini dikenali sebagai ‘Raja Mesir’ kerana memenangi gelaran pemain terbaik Afrika dan jika dia memenangi Ballon d’Or, dia akan menjadi pemain kedua dari Afrika memenangi trofi tersebut selepas George Weah melakukannya 23 tahun lalu.

Tanpa persoalan, dia bakal menjadi ‘Raja Afrika’ dan juga memegang takhta sebagai pemain terbaik dunia mengalahkan MESSI dan RONALDO !

Foto Kredit : Eye Witness Football