Connect with:




 

Perasaan lain dari yang lain! Kita mesti sudah tidak sabar lagi berkumpul berama-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan untuk menyaksikan kejohanan terulung paling gempak dalam dunia iaitu Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia selepas raya nanti.

Disebalik kegembiraan penyokong dan pemain yang bakal beradu kekuatan di sana nanti, ada beberapa bintang besar bola sepak yang kecewa kerana terlepas dari aksi kejohanan dunia ini.

Berikut merupakan 7 bintang besar yang tidak dapat mempamerkan aksi mereka di Piala Dunia:-

7- Marek Hamsik- Slovakia

Slovakia menamatkan kempen kelayakan mereka di tempat kedua dalam Kumpulan F dengan 18 mata, tetapi itu tidak mencukupi untuk menjamin tempat bermain di pusingan ‘playoff’. Mereka sudah tentu berasa malu kerana berakhier sebagai pasukan kedua paling lemah dalam keseluruhan sembilan kumpulan kelayakan zon eropah.

Ini bermakna tidak ada aksi berani dari bahagian pertahanan tengah yang dipamerkan kapten pasukan Napoli ini. Beliau telah lama menjadi pemain terbaik dalam pasukan Slovakia dan bermain dalam kedudukan yang ideal untuk memberi persaingan sengit dalam perlawanan. Kali ini, mereka tiada!

6- Leornado Bonucci- Itali

Foto Kredit: Zimbio

Leonardo Bonucci adalah salah seorang pemain pertahanan yang paling baik di dunia. Malangnya, skuad kebangsaan Itali kehilangan agregat 0-1 ke atas Sweden dalam perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia. Ini adalah salah satu kejutan besar dalam arena bolasepak dunia apabila juara dunia 4 kali itu tersingkir sebelum perlawanan terbesar itu bermula.

Hal ini sekaligus kita tidak dapat melihat Bonucci melakukan aksi yang ingin dilakukannya pada kejohanan terbesar musim panas ini. Apa yang lebih mengharukan, Itali menunjukkan tahap komitmennya bersungguh-sungguh selama 90 minit menentang Sweden di pusingan ‘play-off’ sehingga berlaku kecederaan hidung patah.

Kini, pemain pertahanan itu bermain untuk AC Milan di Itali dan bakal mencecah usia 31 tahun sebelum temasya berprestij itu bermula pada bulan Jun, sememangnya akan kecewa kerana tidak dapat pergi ke Piala Dunia pada tahun utama karier bola sepaknya.

 

5- Pierre Emerick Aubameyang- Gabon

Foto Kredit: Bundesliga

Gabon tidak pernah layak untuk bertanding di Piala Dunia kerana kekurangan pemain bertaraf antarabangsa dan ini bermakna pemain berbakat seperti Aubameyang mungkin tidak pernah mempunyai peluang untuk bermain di acara itu.

Sebenanrnya, itu tidak mengejutkan disebabkan pada Piala Afrika yang berlangsung pada 2017 pun menyaksikan Gabon gagal menduduki tempat terbaik dalam sebuah kumpulan bersama Cameroon, Burkina Faso dan Guinea-Bissau.

Gabon bukanlah salah satu daripada empat atau lima kuasa di benua tetapi Aubameyang merupakan penyerang elit dunia. Tanpa ahli pasukan yang mantap, dia terbatas untuk melakukan apa-apa.

4- Arjen Robben- Belanda

Foto Kredit: Tribunnews

Perlukah bintang ini diperkenalkan? Apabila Belanda gagal melayakkan diri ke kejohanan utama yang kedua berturut-turut, semua mata tertumpu kepada Arjen Robben. Ada yang kecewa kerana melihat pemain kelas dunia itu tidak bermain di Piala Dunia. Apa yang lebih menyedihkan, dia telah mengumumkan persaraanya dari bolasepak antarabangsa.

Betapa besarnya malu yang terpaksa ditanggung oleh beliau. Ramai yang percaya bahawa ini adalah permulaan kejatuhan bola sepak Belanda. Untuk Piala Dunia 2022, kita tidak dapat menyaksikan lagi permainan dari beliau. Ya, dia masih boleh dikatakan sebagai pemain terbaik Belanda.

Kurangnya kualiti pemain muda menyebabkan Belanda gagal mara. Mereka hanya bergantung kepada generasi tua untuk membawa mereka keluar dari permainan kurang mutu yang ditunjukkan.

3– Alexis Sanchez- Chile

Foto Kredit: Al Jazeera

Tiada ‘Arturo Vidal’ dan tiada Chile di Piala bermakna kejohanan ini akan kehilangan salah seorang bintang terkemuka iaitu penyerang terbaik dunia, Alexis Sanchez.

Bekas pemain Barcelona itu berpindah ke Manchester United ketika jendela perpindahan pada Januari menyaksikan dia salah seorang pemain yang menerima gaji mahal dalam dunia.

Perkara yang boleh dibanggakan mengenai Sanchez,  dia telah membuat 119 penampilan untuk negaranya dan berfikir bahawa ini mungkin akan menjadi Piala Dunia terakhir sedangkan dia mempunyai peluang untuk mempamerkan bakatnya.

 

2- Gareth Bale- Wales

Foto Kredit: Xsport

Selepas dibelenggu masalah kecederaan, Ini adalah bulan yang teruk bagi bintang Real Madrid itu kerana terpaksa menerima hakikat bahawa negaranya tersingkir daripada pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Bale hanya mampu menjadi penonton tatkala negaranya tumpas 1-0 kepada Republik Ireland. Ini bermaksud Wales gagal mengulangi prestasi cemerlang Euro 2016 apabila layak ke separuh akhir dengan pasukan yag hebat dari setiap sudut itu.

 

1Gianluigi Buffon- Itali

Foto Kredit: Eurosport

Piala Dunia edisi kali ini agak suram tanpa kelibat Buffon! Bintang ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Itali tidak layak untuk bermain Piala Dunia 2018, jadi tiada ‘farewell’ yang terbaik buatnya. Apa yang lebih mengecewakan, dia mengumumkan persaraannya daripada kejohanan antarabangsa setelah Itali kecundang dalam kempen Piala Dunia.

Beliau pasti akan diingati sebagai penjaga gol terbaik dizamannya. Lagenda yang berusia 40 tahun itu mengumpul 175 ‘caps’ dan pemegang rekod yang paling banyak untuk negaranya. Kemungkinan besar, dia juga dikatakan  bakal menggantung boot setelah gagal memenangi Champions League.

Pengganti beliau, Gianluigi Donaruma mungkin boleh diangkat seterusnya tetapi tidak akan ada pemain seperti Buffon lagi untuk ditonton.