Connect with:




Andres Iniesta sah meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini.

Pemain tengah berusia 33 tahun itu telah membuat 669 penampilan selama 16 musim bersama kelab Catalan itu dan telah memenangi 31 trofi serta tiga kejuaraan utama untuk Sepanyol.

Iniesta dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China namun tidak menyatakan di mana dia akan bermain musim hadapan.

“Saya berkata saya tidak akan menentang Barca jadi ia pasti bukan kelab dari Eropah,” katanya.

‘Kita akan tahu penghujung musim ini, masih ada perkara yang perlu dibincangkan.”

Iniesta yang memenangi Piala Dunia 2010, Euro 2008 dan Euro 2012 bersama Sepanyol, serta empat trofi Liga Juara Juara dan lapan gelaran La Liga dan bakal memenangi gelaran kesembilan penghujung musim ini.

“Sukar bagi saya berada di sini untuk mengucapkan selamat tinggal selepas saya menghabiskan seluruh hidup saya di sini,” katanya dengan penuh emosi dalam satu sidang media yang disaksikan keluarga, rakan sepasukan dan juga pengurus, Ernesto Valverde.

“Saya ingin berterima kasih kepada kelab dan juga akademi La Masia.

“Saya bercakap dengan ramai orang termasuk rakan dan pengurus dan saya tahu apa mereka inginkan tetapi saya cuba untuk jujur dengan diri saya dan kelab.”

Iniesta menghabiskan seluruh kariernya bersama Barcelona selepas menyertai kelab berkenaan ketika usia 12 tahun dan telah melakukan penampilan kedua terbanyak dalam sejarah kelab di belakang Xavi, pasangannya di jentera tengah Barca.

“Saya mahu diingati sebagai pemain bola sepak yang hebat dan juga pemain yang hebat,” katanya.

Foto Kredit : twitter(dot)com