Hasrat Datuk Lee Chong Wei (LCW) untuk menjadi pemain paling banyak merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia tidak menjadi kenyataan apabila tewas kepada HS prannoy dari India dalam aksi pusingan kedua di Pusat konvensyen Jakarta (JCC) baru-baru ini.

Pemain nombor tiga dunia itu tumpas straight set 10-21, 18-21 di tangan Prannoy sekaligus menjadikan kekalahan pertama LCW selepas mencatat dua kemenangan dalam pertemuan sebelum ini di Terbuka Denmark dan Terbuka India.

 

Kekalahan Chong Wei membuat harapannya untuk merangkul kejuaraan kali ketujuh dalam Terbuka Indonesia tersekat dan masih mengekalkan enam kejuaraan yang turut di kongsi bersama dua lagenda Indonesia iaitu Taufiq Hidayat dan Ardy Wiranata.

Jurulatih perseorangan lelaki negara menjelaskan wakil dari India kali ini memberikan permainan yang terbaik sekaligus membolehkan beliau mencatat kemenangan mudah ke atas Chong Wei.

Manakala pergerakan Chong Wei pula kurang memuaskan sehingga membolehkan Prannoy mengawal permainan sepenuhnya menurut Hendrawan Prannoy.

Tambahnya lagi, Chong Wei juga kurang melakukan serangan dan semua harus mengakui kesilapan yang dilakukan serta menerima kekalahan itu.