SHAH ALAM : Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkukuhkan skuadnya bagi mengharungi baki saingan liga dengan mengikat pemain baharu iaitu Natxo Insa.

Pengambilan pemain baharu tersebut kerena JDT tidak ingin melepaskan peluang atau memperjudikan nasib mereka dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Menurut kenyataan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Johor Southern Tigers baru-baru ini, pemain tersebut merupakan abang kandung kepada pemain tengah JDT Natxo Insa.

Natxo Insa adalah pemain kelab Levante yang baru muncul juara Liga Segunda Sepanyol dan layak beraksi pada saingan La Liga musim depan.

“Kelab Johor DT telah menandatangani pemain daripada luar Natxo Insa bagi mengukuhkan lagi posisi tengah kerana pemain itu memiliki pengalaman luas beraksi di Sepanyol.

“Dia memulakan karier bola sepak dengan menyertai Akademi Remaja Valencia dan beraksi untuk kelab Villarreal, Celta Vigo dan Real Zaragoza.

Menurut kenyataan itu lagi, Natxo memiliki pengalaman yang luas dan kehadirannya mampu menguatkan lagi posisi tengah.

Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai nilai kontrak perpindahan pemain dan berapa lama pemain itu mengikat kontrak bersama Johor DT kerana ia tidak didedahkan.

Melalui laporan media antarabangsa, difahamkan nilai perpindahan pemain itu berjumlah RM1.9 juta.

Sebelum ini, pemilik Johor DT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan hasrat membawa masuk dua pemain ketika jendela perpindahan kedua dan salah seorang pemain itu dari Sepanyol selepas mendapat khidmat bekas import Kelantan, Mohammed Ghaddar.