Shah Alam: Rafael Nadal khuatir dengan pertembungan Dominic Thiem yang memiliki potensi besar bagi merebut tempat ke perlawan akhir tenis terbuka Perancis, ahad ini.

Pemain kelahiran sepanyol itu berjaya melayakkan diri ke separuh akhir di Roland Garros kali ke-10 selepas pihak lawannya Pablo Carreno Busta terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika Nadal mendahuli 6-2, 2-0.

Nadal berasa gentar kerana Thiem adalah satu-satunya pemain yang berjaya menewaskan dia di gelanggang tanah liat musim ini.

Aksi separuh akhir esok adalah perlawanan keempat mereka dan berlangsung di gelanggang tanah liat .

Sepanjang tiga perlawanan pertemuan, Nadal Berjaya menewaskan Thiem semasa di Barcelona dan Madrid tetapi tidak di Rome.

Semasa di Rome, pemain Austria itu bangkit membalas dendam dengan Kemenangan 6-4,6-3 ke atas Nadal.

“saya gagal beraksi dengan baik ketika di Rome dan ia bukan hari terbaik saya” kata Nadal.