Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

Antara ‘Indoor Games’ yang dimainkan ialah :-

Futsal

Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bola sepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.

Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini.

Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah.

Gimnastik

Gimnastik adalah merupakan jenis sukan terakhir yang ditekankan di dalam sukan teras Negara.Sukan ini biasanya hanya disertai oleh golongan remaja yang berusia di dalam lingkungan belasan tahun.

Antara tokoh di dalam sukan ini ialah puteri gimnas Negara 2004 Duratun Nashihin Rosli yang banyak menyumbag emas kepada Negara di peringkat antarabangsa terutama sukan Sea. Kejayaan manis Negara dalam acara sukan gimnas adalah pada sukan komenwel 1998 apabila meraih satu emas dalam acara gimnas berirama berpasukan.

Selain itu aktiviti yang berkaitan sukan juga banyak telah mengharumkan nama Negara. Antara nama–nama tersebut seperti Datuk Azhar Mansur,perahu layar yang mengelilingi dunia secara solo, Datuk Malik Maiden, yang merentasi Selat Inggeris. Indivividu-individu ini telah menyahut cabaran Malaysia Bileh dan telah menaikan nama Malaysia di peringkat dunia.

Renang

Sukan renang terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas, gaya kuak lentang serta acara terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh secara individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai.

Lee Mun Yee,Daniel Bego,Alex Lim,Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang. Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.

Skuasy

Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa.

Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low.

Bowling

Sukan Bowling juga merupakan antara sukan yang popular di negara kita dan menjadi pengharum nama Negara di mana atlit-atlit negara telah pun berjaya mendapat pingat untuk Negara kita di kejohanan antarabangsa seperti di sukan Asia, Komenwel dan sukan Sea.

Kejayaan paling manis bagi kontijen Bowling Negara ialah meraih dua emas di sukan Asia di Busan.Tokoh di dalam permainan ini ialah seperti Shalin Zulkifli yang bakatnya talah pun diasuh semenjak kecil lagi.

Badminton

Badminton merupakan jenis sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan tradisi yang dimainkan di Negara kita. Boleh dikatakan Malaysia antara kuasa Badminton dunia yang setanding dengan nama-nama besar dalam sukan ini seperti China, Indonesia dan Korea.

Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di dunia seperti Piala Thomas dan juga pingat perak di Sukan Olimpik, emas di sukan Asia dan juga Sukan Sea.

Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini. Antaranya ialah adik-beradik Sidek iaitu Jalani,Misbun,Razif dan Rashid.Sekarang ini juga terdapat beberapa orang pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim.

Ping Pong

Ping Pong mula diperkenalkan di England diakhir tahun 1800an. Pada awalnya sukan ini juga dikenali sebagai gossima, flim-falm atau ping-pong.

Sukan ini telah hilang kepopularannya sehinggalah beberapa kumpulan sekitar Eropah menamakanya semula sebagai table tennis dalam tahun 1920an. Tidak lama kemudian, sukan ini semakin popular sehinggalah ke Jepun dan negara Asia yang lain.

Negara Jepun telah mendominasi sukan ini sekitar tahun 50an dan 60an, kemudian China juga menyertainya. Dalam tahun 1980an sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan negara-negara lain seperti Sweden and Korea Selatan juga menyertainya sebagai pasukan pilihan.