Connect with:




Pemain badminton perseorangan negara, Liew Daren bertekad untuk membalas kembali kepercayaan yang diberikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan memenangi pingat di Sukan Asia Indonesia pada 19-28 Ogos.

Daren sedar tentang dia sedang menggalas tanggungjawab yang besar di bahunya tetapi turut menekankan bahawa ia dapat memberikan motivasi buatnya untuk mempamerkan aksi terbaik dalam acara dalam perseorangan lelaki dan pasukan. Namanya kini kian melonjak selepas membuka mata rakyat Malaysia dengan mempamerkan aksi memukau sekaligus bejaya memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di China, minggu lalu.

Jom kita baca Trivia menarik mengenai pemain yang menggantikan Dato Lee Chong Wei di Sukan Asia ini:-

1- Beliau pernah bernaung di bawah BAM selama 12 tahun sebelum membuat keputusan meninggalkan badan induk itu pada awal 2016 ekoran kemerosotan prestasinya.

2- Kini, beliau bernaung di bawah Akaemi Badminton Air Asia.

3- Pencapaian terbaik ketika bersama BAM adalah muncul juara Terbuka Perancis 2012, selain mara sehingga ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China

4- Pemain berusia 31 tahun ini berada dalam ranking ke-39 dunia dan ranking paling tinggi beliau pernah dapat adalah yang ke10 ketika tahun 2013.

5- Acara perseorangan lelaki di Sukan Asia sebenarnya bakal diwakili pemain muda, Cheam June (ranking ke-79 dunia) sebelum BAM memutuskan untuk menggugurkannya dengan menyenaraikan Daren.

6- Acara perseorangan lelaki di Sukan Asia akan diwakili Daren dan Lee Zii Jia dan sasaran yang ditetapkan sudah pasti dua pingat tanpa kira warna.

Foto Kredit: FB AirAsia Badminton Academy


*Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti kami dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan klik link >> >> https://duniasukan.com/my-account/