Connect with:




Selepas Julian Yee, kini giliran seorang lagi peserta Malaysia membuat kemunculan dalam Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan.

Kali ini, Jeffrey Webb akan beraksi untuk acara alpine skiing. Ini fakta mengenai Jeffrey Webb.

1) Jeffrey merupakan anak pasangan Steve Webb dan Jasmin Webb. Bapanya berasal dari Amerika Syarikat sementara ibunya berasal dari Malaysia.

2) Dilahirkan di Malaysia, Jeffrey dan keluarga berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia 3 tahun.

3) Jeffrey bagaimanapun akan pulang setiap tahun ke Malaysia untuk melawat saudaranya. Salah satu lokasi wajib yang beliau singgah adalah Restoran Raju di Petaling Jaya – port roti canai pilihannya.

4) Jeffrey berlatih 6 hari seminggu dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Ketika musim panas, beliau alan berlatih di Switzerland.

5) Mula bermain ski ketika berumur 5 tahun, Jeffrey memasuki pertandingan pada usia 6 tahun.

6) Jeffrey akan beraksi di Sukan Olimpik pada 18 Januari (Ahad) jam 9.15 pagi waktu Malaysia.