Pemecatan Carlo Ancelotti baru-baru ini memberi laluan buat bekas pengurus, Jupp Heynckes kembali membimbing Bayern Munich; pasukan kendaliannya yang memberi kejuaraan trebel pada musim 2012-2013.

Selepas dua perlawanan, Heynckes yang akan memgemudi Bayern sehingga hujung musim ini berjaya membawa 2 kemenangan selepas 2 perlawanan termasuk menewakan Celtic dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Media Jerman, Sport Bild telah merumuskan 6 perkara yang dilakukan Heynckes bagi mengembalikan reputasi Bayern selaku gergasi Eropah yang tercalar ekoran prestasi hambar pada awal musim.

Inilah 6 perkara yang dibuah Heynckes:

1) TIADA TELEFON PINTAR

Heynckes mengehadkan penggunaan telefon pintar terutamanya dalam kawasan latihan. Di bawah Ancelotti, pemain bebas menggunakannya namun semuanya berubah selepas Heynckes mengambil alih pasukan.

2) KETEPATAN MASA DAN KECERGASAN

Sesi latihan di bawah Heynckes kini adalah satu jam lebih awal berbanding sesi yang dibawa oleh Ancelotti. Senaman pemanas badan juga dipanjangkan sesinya malah intensiti latihan juga lebih tinggi.

3) KEBERSIHAN

Para pemain perlu menjaga kebersihan dan kekemasan bilik persalinan mereka. Agak mengejutkan sebelum ini, aspek kebersihan kurang dititikberat oleh Ancelotti.

4) SOPAN TERHADAP PARA PEKERJA

Di bawa Heynckes, para pemain perlu bersikap sopan dan sentiasa menyapa semua staff di Säbener Straße, pusat latihan Bayern. Menurut Joshua Kimmich, Heynckes mahukan para pemain menghargai setiap staf yang membantu dalam perjalanan harian pasukan termasuk mereka yang bertugas sebagai janitor.

5) MAKANAN

Di bawah Ancelotti, pasukan perlu mengikut arahan pakar nutrisi iaitu Mino Fulco yan merupakan menantu kepada Ancelotti. Polisi ini diubah oleh Heynckes yang lebih fleksibel. “Pakar nutrisi kadang kala berlebih-lebihan. Bab makanan, pemain sebenarnya perlu guna budi bicara sendiri”. Heynckes juga mewajibkan semua pemain makan bersama-sama selepas sesi latihan tanpa membawa telefon pintar.

6) DENDA

Kebanyakan kelab dan pengurus akan mengenakan polisi denda terhadap pemain yang melanggar peraturan namun Heynckes sama sekali berbeza apabila lebih gemar menggunakan pendekatan kepercayaan kepada para pemainnya. Menurut Sebastian Rudy, Heynckes tidak akan mendenda tetapi apabila beliau mengeluarkan arahan, beliau akan berkata jika pemain melanggar arahannya, maka pemain tersebut perlu bertanggungjawab secara sendirinya. Heynckes memberi kepercayaan sepenuhnya kepada para pemain.

 

Foto Kredit: Sport Bild