Connect with:




Cantik dan berbakat! Ramai wanita cantik dalam dunia ini yang kini bergiat aktif dalam sukan. Kita semua tahu, yang cantik itu sangat indah untuk dilihat. Apetah lagi seorang wanita. Wanita merupkah salah satu anugerah yang paling menarik di alam semesta.

Menurut kaji selidik dalam satu majalah sukan (Sports Magazine) pada tahun 2017, hampir (25%) model menukar kerjaya mereka selaku pengadil pertandingan.

Apa yang lebih mengujakan, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa sukan membenarkan wanita untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai pengadil dalam beberapa perlawanan antarabangsa. Rata-rata, ramai model yang beralih kariernya sebagai pengadil sukan. Mereka bekerja di bawah program pembangunan pengadil untuk mendapat latihan sepenuhnya. Mari kita lihat beberapa pengadil wanita yang popular dan cantik dari pelbagai sukan.

1- Proletina Velichkova (Snuker)

Foto Kredit: my147

Berusia 27 tahun, beliau debut sebagai seorang pengadil proffesional pada kejohanan sulungnya semasa Kejohanan Terbuka Bulgaria. Kini, beliau merupakan pengadil snuker yang paling aktif dalam kariernya.

2- Fernanda Colombo Uliana (Bolasepak Brazil)

Foto Kredit: Buzzfeed

Beliau merupakan seorang penoolong pengadil professional dalam perlawanan bola sepak antarabangsa dan liga bola sepak Brazil. Beliau pernah mencuri tumpuan paling ramai dalam sejarah bola sepak Brazil selepas membuat kemunculan dalam liga bola sepak di sana.

3- Aurélie Sarà Bollier (Bolasepak Switzerland)

Foto Kredit: Pinterest

Berasal dari Switzerland, beliau merupakan pengadil bola sepak wanita yang sangat cantik. Kini, Sara menjadi pengadil sepenuh masa bagi Liga Switzerland amatur.

4- Desislava Bozhilova (Snuker)

Foto Kredit: FB Desislava Bozhilova

Seorang lagi,  gadis dari Bulgaria yang menarik perhatian penggemar sukan snooker. Beliau debut pada tahun 2012 sama seperti Proletina (Terbuka Bulgaria). Beliau kini berusia 25 tahun dan sering membuat penampilan sebagai pengadil rasmi dalam acara snuker.

5- Elena Tambini (Bola sepak Itali)

Foto Kredit: Daily Mail

Dari model ke kancah bola sepak. Beliau merupakan pengadil bola sepak sepenuh masa liga bola sepak kecil di Itali. Namun dengan bakatnya dalam peragaan, beliau melakukan tugas seorang model sebagai kerja sambilan. Kadang-kadang beliau menjadi ‘TV Analayst’ dalam arena bola sepak.

6- Brigitte Tyler (Ragbi)

Foto Kredit: Dave Lintott

Brigitte Tyler menjadi pengadil wanita profesional yang pertama kemudiannya menjadi sebahagian daripada pasukan pegawai perlawanan liga ragbi di New Zealand. Pencapaian terbesarnya apabila beliau menjadi wanita pertama yang memegang jawatan rasmi dalam perlawanan HBSC World Men’s Sevens Series.

Amacam? Yang mana satu menjadi pilihan anda?