Jumping smash adalah teknik pukulan serangan yang paling kuat dalam Badminton. Untuk pemain profesional, mereka mampu membuat pukulan ‘smash’ dengan kelajuan 425 km sejam. Ramai yang menyangka bahawa jika mereka melompat dengan setinggi-tingginya untuk mendapatkan kelajuan tersebut.

Tidak dinafikan ianya memberi kelebihan kepada kelajuan bola tangkis jika anda melompat tinggi. Akan tetapi anda perlu menghayunkan raket menggunakan teknik yang betul untuk memindahkan kuasa maksima ke dalam pukulan.

1. Jangan tegangkan otot badan

Apabila anda terlalu kaku, pergerakkan akan menjadi terhad. Seluruh badan anda perlu dilonggarkan – supaya lengan, pergelangan tangan anda dan pinggang harus fleksibel supaya dapat memaksimakan pergerakan pukulan

2. Longgarkan sedikit pegangan raket

Anda mungkin berfikir bahawa raket perlu dicengkam ketat untuk membuat lompatan yang tinggi. Namun, Sekiranya anda memegang raket anda dengan ketat, pergerakan pergelangan anda akan menjadi terhad, oleh itu pukulan jumping smash tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pegang raket anda sekadar sederhana supaya tidak terpelanting.

3. Keseimbangan lengan (Lengan tanpa raket)

Semasa melompat, anda akan berkemungkinan kehilangan imbangan badan. Dalam situasi begini, lengan sekunder anda berperanan mengawal keseimbangan badan. hayunkan lengan itu semasa di tengah lompatan. Anda disarankan untuk menguatkan latihan pinggang terlebih dahulu sekiranya anda tidak yakin untuk membuat pukulan.

4. Regangkan lengan raket anda ke tahap maksima

Semasa melompat, regangkan kedua-dua lengan tangan anda sejauh mungkin agar anda mampu melakukan SWING ARM yang lengkap.

5. Bengkokkan lutut semasa lompatan

Untuk meningkatkan kekuatan, sesetengah profesional menyarankan agar pemain membengkokkan lutut supaya tenaga dapat disalurkan ke bahagian lengan ketika hendak membuat pukulan.

6. Titik hubungan dan timing

Perkara paling penting ketika melakukan “Jumping Smash” adalah berada pada Timing. Pastikan anda memukul pada titik raket yang agar bulu tangkis dapat dibalas dengan kelajuan penuh. Teknik ini memerlukan latihan dalam jangka masa panjang kerana ia memerlukan keseluruhan teknik yang betul. Jika tersilap langkah, pukulan mungkin tidak akan menjunam mengikut kehendak.