Connect with:




Tugas getir menanti skuad hoki negara selepas mereka mensasarkan untuk menyumbang pingat pada temasya Sukan Asia yang bermula pada 18 Ogos ini.

Rakyat Malaysia sudah pasti lebih tertumpu kepada skuad lelaki negara yang mengintai peluang untuk memenangi pingat emas sekaligus mencipta sejarah.

Bagi skuad wanita pula, Konfederasi Hoki Malaysia menyasarkan pingat gangsa sebagai permulaan kepada peringkat yang lebih tinggi lagi di masa hadapan. Namun, apa yang perlu anda tahu tentang skuad hoki negara ini?

1- Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam kategori lelaki sejak hoki diperkenalkan di Tokyo pada tahun 1958.

2- Kini, skuad hoki lelaki berada dalam ranking ke-13 dunia manakala skuad wanita pula berada di ranking ke-22 dunia.

3- Sekiranya skuad lelaki memenangi pingat emas di Sukan Asia, maka mereka secara automatik telah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

4- Pada edisi 2014, skuad lelaki sekadar meraih tempat keempat sementara skuad wanita pula adalah di tempat kelima.

5- Satu-satunya pencapaian terbaik skuad wanita adalah pada 1982 dimana mereka meraih pingat gangsa.

6- Bagi skuad lelaki negara pula, mereka pernah memenangi satu perak dan enam gangsa di edisi Sukan Asia sebelum-sebelum ini.

Acara hoki pasukan lelaki kebangsaan bakal diadakan pada 20 Ogos-1 September bertempat di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno sementara acara bagi skuad wanita pula berlangsung pada 19-31 Ogos di tempat yang sama.

Foto Kredit: RojakDaily

 


*Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti bersama kami dan menangi pelbagai hadiah/tawaran menarik dengan klik pautan ini >> https://duniasukan.com/my-account/