Skuad ragbi negara kini boleh berbangga selepas senarai terbaharu ranking dunia dikeluarkan world Rugby – badan sukan tersebut semalam.

Malaysia menduduki tangge ke-47, naik lapan anak tangga selepas sebelum ini menduduki tangga ke-55. Setakat ini Malaysia telah mengutip 47.31 mata.

Dalam ranking negara-negara Asia pula, Malaysia kini hanya dibelakang Jepun (11), Hong Kong (27), Sri Lanka (41) dan Kazakhstan (42).

Pencapaian ini terhasil selepas skuad negara menjuarai divisyen 1 Asia sekaligus membawa mereka bertanding di Kejohanan Ragbi Asia 2018 yang menawarkan satu slot untuk ke pusingan playoff Piala Dunia.

Kejayaan ini turut mendapat perhatian World Rugby menerusi akaun twitter rasmi mereka.

Sukan ragbi negara kini berterusan menghasilkan pencapaian membanggakan dibawah pentadbiran Datuk Syahrul Yahya, Presiden Malaysia Rugby.

Syahrul berjaya memberi nafas baru kepada liga kebangsaan yang mendapat tajaan dari AirAsia. Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) yang diwujudkan hujung tahun lalu pula memastikan negara tidak ketandusan bakat dalam sukan ini.

 

FOTO KREDIT: AsiaRugby