Universiti Multimedia (MMU) menguasai tangga teratas Divisyen 2 saingan Liga Institut Pengajian Tinggi – Liga IPT 2011 selepas mengumpul 12 mata maksimum hasil 4 kemenangan ke atas lawan. Pasukan Universiti Malaya (UM) mengekori rapat MMU di tangga kedua dengan 9 mata diikuti pasukan Kolej Komuniti Perak (KKP) dengan 6 mata tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Jurulatih MMU yang juga bekas pemain Johor FC, Mohd Faizal Md Sood berkata, kami bersyukur berada di persada liga dengan bantuan sedikittuah untuk meraih kemenangan.
“Kekuatan pasukan dalam Divisyen 2 adalah sama rata. Saya bukan hendak merendahkan kemampuan pemain saya namun saya akui kemenangan tipisyang dicapai dibantu oleh sedikit tuah.
“Sudahlah menjalani latihan dan perlawanan persahabatan hanya pada setiap Rabu memandangkan separuh dari pasukan datangnya dari kampus Melaka. Mujurlah persefahaman dapat dibentuk dengan mudah kerana pemain sudah lama bersama sejak dari Liga MAKSUM lagi,” kata Mohd Faizal.
Liga IPT yang berehat seketika bagi memberi laluan kepada peperiksaan semester juga tidak menghalang pasukan MMU merancang persiapan yangrapi bagi menentang menentang cabaran Universiti Industri Selangor (Unisel) pada perlawanan akan datang. Pemain akan dihantar ke latihan pusatserta menyertai kejohanan futsal di Universiti Utara Malaysia (UUM) hujung bulan nanti.
Perlawanan kelima itu nanti bakal menyaksikan MMU kehilangan 2 pemain tonggak iaitu Mohd Faris dan Mohd Lokman kerana terlibat dengan programuniversiti di Sarawak namun Mohd Faizal tidak begitu bimbang apabila kesemua pemain yang cedera telah pulih sepenuhnya. Diperkuatkan tenaga import yang merupakan pelajar di universiti tersebut, MMU dijangka mudah untuk membenam Unisel.
Mohd Faizal turut memuji persembahan bertenaga yang ditunjukkan kapten pasukan iaitu Mohamad Hasen yang berasal dari Eritrea. Mengambil jurusan IT di kampus Melaka, Hasen dilabel sebagai akitek pasukan.
“Hasen bukan sahaja menjana enjin tengah pasukan malah berupaya menjaringkan gol. Jelas sekali pasukan MMU beruntung memiliki khidmat beliau” tambahnya lagi.
Liga Divisyen 2 bakal bersambung semula pada 21 Mei nanti dengan pertembungan menarik dijangka apabila pasukan di tangga kedua, UM akan berentap dengan pasukan tangga ketiga, KKP di Padang UM. Pasukan di tangga tercorot, Kolej Yayasan Sabah (KYS) pula berharap mendapat kemenangan pertama apabila melayani kunjugan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Politeknik Kuching (PKS) pula akan berentap dengan Unisza di Stadium Mini Bau dengan kemenangan melonjakkan mereka keluar dari kedudukan pertengahan liga.

 

JADUAL PERLAWANAN
21 Mei 2011UM vs KKP – Padang UMKYS vs UTM – Padang UMSPKS vs Unisza – Std Mini Bau
23 Mei 2011Unisel vs MMU – Padang Unisel
(Semua perlawanan bermula jam 5 petang)