Anda Gemar Melakukan Sukan?Di Sini Ada Beberapa Sukan Lasak Yang Semakin

Trending Di Malaysia

Sukan lasak di Malaysia semakin popular di dalam kalangan remaja malah orang dewasa juga semakin berkecimpung di dalam dunia sukan lasak ini.

Bagi yang amatur dan baru hendak berjinak-jinak dalam sukan ini, anda boleh mencuba salah satu sukan di bawah ini.

1. Hiking:

Terdapat banyak bukit atau gunung boleh anda teroka bagi mencabar diri anda dalam dunia ‘hiking’ ini. Bila anda sudah terjebak dalam dunia ‘hiking’ dan dapat melihat panorama mengagumkan dengan udara yang segar di puncak gunung atau bukit. Kepuasan yang anda kecapi susah untuk digambarkan apabila anda sudah berada di puncak bukit atau gunung.

Tapi harus diingatkan bahawa jangan terus ‘hiking’ ke lokasi otai-otai, pergilah mendaki dekat gunung atau bukit yang sesuai dengan tenaga anda.

2. Water Rafting:

Cabaran berakit dengaan bot getah meredah arus deras sungai tidak kurang hebatnya juga. Apa yang penting sekali anda perlu ada pengetahuan sedikit tentang aktiviti ini. Aktiviti ini anda boleh lakukan secara solo ataupun berkumpulan.

Berikut adalah lokasi water rafting yang anda boleh jelajah misalnya: -Sungai Sedim, Kulim Kedah-Sungai Slim, Perak-Sungai Selangor -Kuala Kubu Baru Selangor

3. Zipline

takut dengan ketinggian dan gayat? Jom cuba aktiviti yang tengah popular di Malaysia ini. Zipline ini lebih kurang seperti flying fox. Anda pernah dengarkan? Peralatan yang digunakan sama sahaja tali yang memerlukan anda kawal sendiri untuk turun dari aras tinggi ke bawah.

Lokasi yang anda boleh pergi adalah Sungai Pisang, Gombak Selangor atau anda boleh hubungi Skytrex Shah Alam yang berada di Taman Botani Negara Shah Alam.

4. Ropeswing

Aktiviti seperti ini ibarat bunga yang baru hendak berputik dekat Malaysia. Dekat luar negara memang sudah popular dan menjadi kegemaran kumpulan ‘extreme outdoor’.

Dekat Malaysia berjaya dibuat dekat jambatan jalan Kuala Kubu Baru, Bukit Fraser dengan ketinggian 60 meter.

5. Waterfall Abseiling

Turun dengan menggunakan tali dari tempat tinggi merupakan aktiviti laak yang masih popular dan digemari oleh geng sukan ‘outdoor’. Bagi sesiapa yang ingin mencabar diri untuk mendaki gunung perlulah mahir dalam penggunaan tali.

Abseiling ini menggunakan tali dengan betul menuruni cerun bukit atau gunung. Lokasi abseiling korang boleh pergi ialah Air Terjun sungai Pisang, Gombak Selangor.