Di Malaysia,  skateboard (papan luncur) telah menjadi sukan kegemaran anak-anak muda dan terdapat beberapa tempat telah menjadi tumpuan bagi peminat sukan ini.

Antaranya di Bukit Kiara, Putrajaya dan Kota Kinabalu. Bagaimana pula di negara-negara lain? Pasti anda terfikir bagaimana tempat latihan atau tempat untuk anda bermain skateboard di luar negara.

Dunia Sukan hari ini menyenaraikan 5 skatepark yang menarik di seluruh dunia yang anda boleh kunjungi apabila anda berada di negara tersebut.

Vans Skatepark

Jenama pengeluar barangan skate tekenal, Vans memiliki skatepark mereka yang tersendiri yang terletak di California, Amerika Syarikat. Skatepark ini mempunyai keluasan seluar 20,000 kaki persegi.

Di sini terdapat kawasan-kawasan khusus untuk skil dan tahap tertentu untuk pengunjung seperti warm-up course untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak di dalam sukan ini.

Combi Pool  yang diadaptasi dari reka bentuk Upland Pipeline Skateparkserta mini ramp setinggi 9 kaki. Anda juga oleh membeli barangan eksklusif Vans di kedai jenama tersebut di sini.

Xtereme Skatepark@East Coast

Ini adalah skatepark terbesar di Singapura. Merupakan outdoor skatepark, kawasan ini agak penuh setiap kali hujung minggu. Terdapat kelas skateboarding untuk mereka yang baharu mula menceburi sukan ini. Xtreme Skatepark bukan sahaja dikunjungi oleh rakyat Singapura malah pelancong dan atlet luar negara juga sering mengunjungi ke tempat ini.

Skatepark Los Reyes

Jika anda berkesempatan ke Chile, jangan lupa kunjungi Skatepark Los Reyes yang terletak di Santiago. Skatepark terbesar di Chile ini terletak di tebing Sungai Machopo. Ia adalah antara salah satu skatepark yang paling indah di dunia mengikut pendapat beberapa pro-skater antarabangsa. Ia turut dilengkapi dengan lampu yang cerah untuk pengunjung bermain pada waktu malam.

Burnside Skatepark

Terletak di Portland, Amerika Syarikat, skatepark ini pada mulanya dibina secara haram oleh komuniti skateboarding disana sebelum ia diluluskan oleh majlis bandaran sebagai satu skatepark awam. Skatepark ini sangat popular selepas muncul dalam permainan video seperti Tony Hawk Pro Skater dan Grind Session.

Burnside Skatepark juga menjadi lokasi pengambaran beberapa filem Holywood seperti Free Willy dan Paranoid Park. 

Woodward Beijing

Ini adalah syurga untuk kaki skateboard di China. Ia mempunyai kawasan outdoor dan juga indoor buat pengunjung. Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang, skatepark ini mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan dengan kos sebanyak USD 4 juta. Ia kini dikenali sebagai ‘Beijing International Fashion Sport Park’ namun komuniti skaters disitu tetap memanggilnya Woodward Beijing.