Perasan tak di negara kita mahupun di negara luar, terdapat banyak aktiviti sukan terutama larian.

Antara yang menjadi popular di negara kita adalah ‘color run’, marathon, music run dan macam-macam lagi.

Tahun ini, PUMA sekali lagi menganjurkan larian yang luar biasa yang pernah anda saksikan iaitu PUMA Night Run yang akan berlangsung di Putrajaya pada 29 Julai ini.

Apa yang menarik tentang larian ini? Adakah ia sama dengan acara sebelum ini?

Jika anda rasa ia sama seperti acara sebelum ini, tanggapan anda salah dan mungkin ia menjadi peluang terakhir untuk anda mendaftar!

Kami sediakan 5 sebab utama kenapa anda harus mencuba acara larian selepas ini.

 

Sebab 1: Anda Fikir Anda Boleh Lakukan?

Masa merupakan perkara utama bagi pelari, namun PUMA Night Run 2017 mempunyai matlamat di mana ingin memberi kepuasan kepada kedua belah pihak sama ada anda merupakan aktif dalam sukan atau pun tidak.

Itu merupakan objektif utama dan menunjukkan kelainan dalam PUMA Night Run 2017 kali ini. Selain itu, anda juga boleh merasa bagaimana keseronokan dalam larian bersama beberapa pelari kompetitif dari pelbagai bangsa atau anda juga boleh berlari bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Untuk menyertai PUMA Night Run ini, ia terbahagi kepada dua kategori di mana anda boleh memilih larian sejauh 6 kilometer atau 12 kilometer. Ia boleh menjadikan salah satu motivasi untuk anda terutama yang mementingkan kesihatan dan stamina!

 

Sebab 2: Berpeluang Bertemu Dengan Superstar Korea, Lee Jae Yoon!

Ungkapan ‘serba boleh’ ini telah sebati di dalam diri lelaki ini. Jika anda lihat dari debutnya dalam ‘Lovers Stormy’, ‘Another Oh Hae-Young’ dan drama popular baru-baru ini ‘Weightlifting Fairy Kim Bok Joo’, Lee telah mencuba beberapa peranan dalam lakonan sejak tahun 2004 lagi.

Walaupun jadualnya agak sibuk, Lee tetap memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kecergasannya. Jadi, takkan anda nak lepaskan peluang ini?

 

Sebab 3: Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda Di Kampung PUMA

Tunjukkan kehebatan dan kebolehan anda di dalam Puma Race Village untuk ‘pra-pesta larian’ tersebut.

Disitu, anda akan diuji dari segi fizikal dan mental sehingga anda ke garisan penamat. Apabila ramai peserta cuba meneroka kawasan kampung ini, secara automatik-nya deria anda akan dirangsang dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik untuk anda alami!

 

Sebab 4: Parti!

PUMA telah dikenali sebagai salah satu pelopor kasut sukan di dalam acara tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2014 sebagai satu platform bagi pelari dari setiap lapisan masyarakat di negara kita.

Aktiviti PUMA Night Run 2017 ini akan berakhir dengan persembahan musik dari artis Singapura Kpop iaitu Gen Neo dan artis tempatan, Black dan ramai lagi!

 

Sebab 5: Akhiri Dengan ‘BANG’

Bayangkan, selepas anda berlari dan melihat keadaan langit yang gelap, tiba-tiba terdapat persembahan bunga api yang menjadikan langit penuh bercahaya dan letupan corak yang cantik. Tidakkan itu menjadi momen yang sempurna untuk anda tamatkan acara ini?

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini dan siapkan barang larian anda sekarang!

Anda boleh dapatkan pek larian (race pack) di Sunway Putra Mall, Concourse Area pada 28 hingga 30 Julai, pada pukul 10 pagi hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi PUMA Night Run atau klik disini.