Connect with:




Siri MMA terbesar Asia, ONE CHAMPIONSHIP kembali ke ‘rumahnya’ iaitu Singapura, Jumaat ini dimana acara ONE:HEART OF THE LION akan berlangsung di Singapore Indoor Stadium.

Peminat di Malaysia boleh menonton secara langsung di applikasi pintar ONE Championship pada Jumaat ini.

Ini adalah 5 sebab mengapa untuk anda tonton ONE:HEART OF THE LION.

1) PENUH DENGAN AKSI

28 atlet tempur terbaik dari 17 negara akan beraksi pada malam tersebut. Ia akan menampilkan 9 pertarungan MMA diikuti 5 pertarungan ONE SUPER SERIES melibatkan disiplin sanda, muay thai dan kickboxing.

2) DUA ATLET MALAYSIA TURUN GELANGGANG

Dua bintang MMA negara akan berdepan cabaran getir pada acara kali ini. Muhammad Aiman ‘The Jungle Cat’ yang masih segar dengan kemenangan menakjubkan ke atas Chen Lei di Shanghai, September lalu akan menentang Shuya Kamikubo dari Jepun sementara Hisyam ‘Zephrus’ Samsudin mahu bangkit dari kekalahannya sebelum ini dalam pertarungan menentang Xie Bin.

3) PENAMPILAN DEMETRIOUS JOHNSON DAN EDDIE ALVAREZ

Dua bekas juara dunia dari UFC, Demetrious Johnson dan Eddie Alvarez yang telah mengikat kontrak bersama ONE akan membuat kemunculan secara langsung di Singapura. Mereka akan menyaksikan sendiri kehangatan siri MMA terbesar di Asia ini.

4) PEREBUTAN TAKHTA BANTAMWEIGHT

Bibiano Fernandes yang memegang rekod juara paling lama memegang takhta dalam ONE Championship sekali lagi akan diuji. Kali ini menentang juara interim, Kevin Belingon untuk perebutan tali pinggang ONE Bantamweight Dunia.

5) PELUANG SAKSIKAN CHRISTIAN LEE YANG LAPARKAN KEMENANGAN

Baru berumur 20 tahun, Christian Lee merupakan bintang MMA dari Asia dan Singapura yang disebut-sebut ramai walaupn masih muda. Christian tewas dala percubaannya merampas takhta dari Martin Nguyen sebelum aksinya menentang Edward Kelly dibatalkan akibat menyerang menggunakan serangan yang tidak dibenarkan. Jadi kali ini, Christian tidak mahu lagi merugikan aksi di atas pentas dalam pertarungannya menentang Kazuki Tokudome dari Jepun.