Pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang lepas, jaguh lompat tinggi kebangsaan, Nauraj Singh Randhawa diberi penghormatan untuk membaca ikrar pada upacara pembukaan sukan dwitahunan itu.

Jadi, apa yang istimewanya Nauraj Singh ni sampai Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin memilih beliau sebagai pembaca ikrar ?

 

Foto Kredit: Negaraku

Okay, di bawah merupakan lima fakta kenapa Nauraj dipilih:

1. Nauraj dilihat sebagai atlet yang menyerlah dalam program Kita Juara sehingga melayakkan diri ke Program Podium. Nauraj juga dijadikan contoh sebagai atlet yang bermula dari bawah penglibatannya dalam sukan lompat tinggi sehingga menjadi stlet yang bertaraf dunia.

2. Faktor yang seterusnya dengan ketinggian 1.93 meter yang dimiliki, sudahpasti ia akan menjadi tumpuan semasa ikrar akibat ketinggiannya. Tinggi kan ?

3. Prestasi Nauraj juga konsisten dalam sukan sea bermula dengan Sukan SEA 2013 di Myanmar dan 2015 di Singapura dengan meraih pingat emas berturut-turut.

4. Ikrar akan dibacakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Penguasaan Nauraj dalam kedua-dua bahasa ini adalah baik dan kami yakin, dia tidak akan tersasul.

5. Pemilihan atlet berusia 25 tahun itu berdasarkan rekod pencapaian sepanjang penglibatan Nauraj dalam sukan lompat tinggi antaranya dia merupakan satu-satunya atlet olahraga yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan mendapat tempat ke-18 dalam acara lompat tinggi pada penampilan sulungnya itu.

Foto Kredit: Stadium Malaysia