Connect with:




5am tangan pintar sudah menjadi satu produk yang sukar ditinggalkan dalam dunia serba moden ini. Kecanggihan teknologi menjadikan jam tangan yang dahulu hanya sekadar untuk bergaya kini turut menjadi alat yang memudahkan kehidupan dalam melakukan pekerjaan selain membantu dalam mengekalkan kecergasan.

HUAWEI tidak ketinggalan dalam mempunyai variasi jam tangan pintar menerusi model-model yang menarik dan terbaharu, mereka telah memperkenalkan HUAWEI WATCH GT 2 Pro pada Oktober lalu yang di akui ramai sebagai antara jam tangan pintar terbaik untuk tahun 2020.

Jika anda seorang yang aktif dalam melakukan aktiviti kecergasan, ini ada 5 sebab mengapa HUAWEI WATCH GT 2 Pro tidak harus dilepaskan.

1) Tahan Lasak
Disebabkan ini adalah jam tangan pintar dimana pengguna pastinya mahu menggunakannya sebagai peranti kecergasan, kualiti pembuatan HUAWEI WATCH GT 2 PRO pastinya menjadi kriteria utama buat bakal pembeli. Ternyata HUAWEI tidak memandang remeh dalam hal ini, malah apa yang mereka bekalkan adalah sangat menakjubkan.

Jam ini diperbuat dari titanium di selain seramik di bahagian belakang. Di bahagian permukaan cermin jam pula, ia menggunakan sapphire. Memang terasa sangat premium apabila anda memakainya. Jam ini juga mampu bertahan selama 14 hari dalam satu pengecasan penuh – satu durasi yang lama dan memuaskan. Tidak perlulah anda caj setiap hari. Malah, HUAWEI WATCH GT 2 Pro juga menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar.

2) Tidak Akan Bagi Anda Sesat
Bayangkan anda melakukan aktiviti hiking secara solo di satu kawasan yang anda belum pernah jejak. Dengan HUAWEI WATCH GT 2 PRO, anda tidak perlu risau dengan peluang untuk sesat. Ini kerana, fungsi Route Back dapat merekod perjalanan aktiviti anda walaupun tanpa ada capaian internet.

Teknologi GPS dalam jam ini sudah cukup untuk memberi ketenangan buat anda. Memang satu pilihan yang tepat untuk kaki outdoor. Satu lagi perkara menarik mengenai jam ini, ia dapat memberi informasi waktu air pasang, waktu terbit dan juga terbenam matahari. Bermakna anda tidak akan terlepas untuk mengambil gambar-gambar indah untuk dibuat sebagai kenangan.

3) Lebih 100 Jenis Senaman
Setiap kali anda bersenam, HUAWEI WATCH GT 2 PRO akan memantau dan memberikan data termasuk menasihati waktu terbaik untuk anda melakukan sesi senaman seterusnya.

Untuk penggemar sukan larian, ada 10 mod berbeza dari amatur sehinggalah profesional untuk dicuba. Jangan risau jika anda tak berapa gemarkan berlari kerana jam ini ada lebih dari 100 jenis senaman! 100! Banyak tu. Antara senaman yang ada adalah berenang, berbasikal, tinju, yoga, mendaki, jump rope malah skiing pon ada!

4) Terbaik Untuk Kaki Golf

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti golf, jam ini adalah pilihan terbaik. Salah satu mod senaman yang ada ialah Driving Range Mode dan ia bukan sekadar memberi anda jumlah kalori dibakar atau jumlah jarak berjalan yang anda lakukan ketika bermain, malah jam ini turut mempunyai teknologi untuk menganalisa postur badan ketika membuat hayunan serta kelajuan hayuan. Ini pastinya membantu anda untuk menjadi lebih pro dalam sukan golf.

5) Fungsi Pantauan Kesihatan Yang Canggih
HUAWEI WATCH GT 2 PRO adalah teman terbaik untuk memantau kesihatan anda. Jam ini dapat memantau kadar denyutan jantung, kualiti tidur, tahap stress serta kandungan oksigen dalam darah.

Dalam kehidupan seharian, pastinya kita tidak terlepas dengan masalah penat, pening dan sebagainya. Semua ini kebiasaannya berpunca dari kurang waktu tidur yang berkualiti. Bagaimanapun, keadaan ini juga turut berpunca dari kandungan SpO2 (kadar satu rasi oksigen) yang rendah. Jam ini dapat memantau kadar tersebut menerusi teknologi TruSeen 4.0+.

HUAWEI WATCH GT 2 PRO kini boleh didapatkan di pasaran dengan harga RM 1,199 dan kami merasakan ini adalah pelaburan terbaik untuk kesihatan anda. Berita menarik untuk mereka yang mahu HUAWEI WATCH GT 2 PRO, anda boleh menikmati Ganjaran Berganda dimana anda berpeluang untuk memengai hadiah eksklusif bernilai sehingga RM 300,000 termasuk sebuah Proton X50 baru!
(Tertakluk kepada terma dan syarat. Ganjaran hanya boleh didapati dari 28hb Nov 2020 hingga 3hb Jan 2021).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI WATCH GT 2 Pro: https://bit.ly/3orssdK

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Better Together: https://bit.ly/39OCXUg

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk-produk baru lain: https://bit.ly/3mTIAEG

*#HUAWEI #StayConnected #ExploreMore #HUAWEIWATCHGT2Pro