Connect with:




Selepas Barcelona memalukan Chelsea di pusingan 16 terakhir lalu dan sekali gus layak ke suku akhir Liga Juara-Juara, ramai pemerhati sukan dan peminat menganggap bahawa kelab Catalan itu adalah calon pilihan untuk menjuarai piala berprestij itu.

Berbaki hanya tiga pusingan saja lagi, mari kita lihat lima sebab utama kenapa Barcelona boleh menjulang piala itu sekali lagi.

1. Ernesto Valverde

Ernesto Valverde telah berjaya mengembalikan dominasi buat Barcelona di Sepanyol, dengan pasukannya bermain cantik dan bolasepak yang ‘efektif’ di bawah kendaliannya, tiada sebab kenapa mereka tidak boleh mendominasi kejohanan di Eropah.

2. Tiada gangguan

Barcelona kini mendahului carta liga dengan perbezaan lapan mata, kelab Catalan itu boleh mengalihkan perhatian mereka kepada saingan Eropah tidak seperti pencabar mereka yang lain, di mana mereka perlu berjuang di saingan Eropah dan terpaksa berebut tempat di liga masing-masing.

3. Iniesta

Walaupun Philippe Coutinho tidak layak untuk bertanding di UCL musim ini, dia masih mampu mengambil alih tanggungjawab yang ditinggalkan Iniesta dalam kancah La Liga.

Jika Iniesta berada dalam keadaan segar dan bersedia, beliau mampu menjadi mimpi buruk buat pemain lawan di saingan Eropah.

4. Prestasi Real Madrid

Tidak lengkap cerita mengenai Barcelona jika tiada musuh ketatnya, Real Madrid. Kelab Los Blancos itu yang telah memenangi tiga kejuaraan UCL dalam tempoh empat tahun, mereka menjadi pilihan untuk menjuarainya sekali lagi. Walaubagaimanapun, jika prestasi di saingan domestik menjadi ukuran, anak-anak buah Zinedine Zidane itu tidak berada di tahap yang terbaik musim ini. Mereka kini menduduki tangga ketiga liga dan ketinggalan 15 mata di belakang Barcelona. Barcelona boleh mengambil kesempatan dengan prestasi terumbang ambing musuh tradisi mereka dan sekali gus memenangi kejuaraan Eropah.

5. Lionel Messi

Apabila anda mempunyai pemain terbaik di dunia dalam pasukan anda, semuanya tidak mustahil. Messi yang kini sedang menikmati prestasi terbaiknya, lebih-lebih lagi selepas mencapai 100 gol dalam saingan UCL ketika menewaskan Chelsea, ia menjadi satu tugas yang sukar untuk menghalang Messi dan rakan sepasukannya daripada menjulang kejohanan Eropah musim ini.

Foto Kredit : youtube(dot)com