Connect with:




Jenama sukan antarabangsa PUMA bakal menganjurkan ‘PUMA TRAIN 24seven Malaysia’, suatu karnival senaman yang diadakan buat kali yang pertama di Malaysia. Berasaskan konsep ‘all-day fitness carnival’, ‘PUMA TRAIN 24seven Malaysia’ bakal berlangsung pada 17 November 2018 di Kenanga Star XPO dan akan menampilkan gabungan pelbagai jenis aktitivi senaman dan rutin kecergasan di bawah satu bumbung.

Jika anda masih belum membuat keputusan tentang sama ada untuk mendaftar, berikut ialah bukan satu, tetapi LIMA sebab mengapa anda perlu menyertai ‘PUMA Train 24seven’ Malaysia!

 

1. Yuran pendaftaran yang murah dan berbaloi

Karnival ini menggabungkan sembilan jenis aktiviti fizikal yang unik di bawah satu bumbung. Peserta boleh memilih sehingga enam jenis aktiviti mengikut kesukaan mereka dan kebanyakkan aktiviti fizikal yang dibawakan masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri. Harga tiket ‘early bird’serendah RM40 boleh diperoleh untuk peserta yang membuat pendaftaran awal. Sekiranya anda terlepas peluang untuk membeli tiket dengan harga promosi ini, usah bimbang PUMA Malaysia akan menganjurkan kempen khas bersama jurulatih dan ‘trainers’ dimana kod diskaun khas akan diberikan menerusi platfom media sosial mereka dari 15 hingga 21 Oktober 2018. Dibawah bimbingan jurulatih yang profesional dan berpengalaman, sesi aktiviti-aktiviti fizikal yang diadakan di karnival kecergasan ‘PUMA Train 24seven’ ini sememangnya berbaloi untuk wang anda!

2. Peluang untuk mencuba rutin latihan yang berbeza

Dari latihan ‘HIIT’ (high intensity interval training) ke rutin ‘Glow Dance’ yang menggunakan cat ‘glow-in-the-dark’, PUMA Train 24seven mempunyai rutin latihan yang penuh unik dan menyeronokkan. Karnival ini akan membahagikan sembilan rutin latihan kepda tiga segmen teras, iaitu PERSISTENCE (kegigihan), PACE (kelajuan), dan POWER (kekuatan). Sebagai contoh, antara rutin yang dibawakan khas buat yang kali pertama termasuk ZUU Movement dan Jumping®. ZUU Movement adalah latihan intensiti tinggi berdasarkan pergerakan primal, seperti menolak, menarik dan merangkak, sedangkan Jumping® adalah sejenis latihan kardio yang dinamik menampilkan gabungan lompatan cepat dan perlahan, dan lebih fokus terhadap menguji keseimbangan dan stabiliti peserta. Tambahan pula, karnival ini juga mempunyai sesi rutin kegemaran ramai seperti Rhythmic Boxing, Pop Pilates dan Yoga. Ketahui lebih lanjut mengenai setiap jenis latihan dan jurulatih menerusi laman web rasmi karnival ini: http://www.puma24seven.my/

3. ‘Goodie bag’ khas untuk setiap peserta

Siapa yang tidak suka untuk menerima barangan eksklusif dari PUMA? Dengan setiap penyertaan, PUMA menyediakan barangan goodie bag khas untuk para peserta! Setiap peserta akan menerima beg tote berjenama PUMA, baju t-shirt rasmi karnival ‘Train 24seven’ dan juga sebuah resistance band yang boleh digunakan untuk bersama.

4. Bimbingan jurulatih-jurulatih yang berpengalaman

Semua kelas dan latihan fizikal akan dikendali oleh jurulatih yang berpengalaman tinggi di dalam bidang mereka masing-masing. Antara mereka yang akan mengendalikan sesi pada hari tersebut termasuk Stephen Thomson (ZUU Movement), TRIBE Boxing (Rhythmic Boxing), Ain Ramli (HIIT), Faith Rundi (Glow Dance) dan yang lain. Latihan mereka pasti akan memberi motivasi untuk anda kekal bertenaga dan juga berseronok sambil melakukan aktiviti kecergasan.

5. Akhiri malam anda dengan parti eksklusif anjuran PUMA!

Siapa kata aktiviti kecergasan dan keseronokan tidak pergi bersama? Untuk acara penutup tirai karnival ini, PUMA akan menganjurkan sebuah parti yang penuh dengan muzik, tarian dan persembahan DJ untuk para peserta pulang dengan penuh keterujaan. Disertai oleh keluarga PUMA, ini adalah peluang anda untuk berdansa dan meraikan pencapaian anda mengambil bahagian di rutin-rutin kecergasan yang dianjurkan pada awal hari.

Dibawakan khas buat penggemar sukan cergas dan aktiviti fizikal, acara ini telah menarik minat orang ramai dalam masa yang singkat. Promosi ‘early bird’ kini sedang dijalankan dan inilah peluang terbaik anda untuk menyertai karnival mega ini dengan yuran pendaftaran yang lebih murah. Untuk mendapatkan tiket harga promosi, sila berdaftar menerusi laman web https://www.ticket2u.com.my/event/11631 sekarang. Jumpa anda di sana!

____________________________________________________

MENANG DUA KEPING PASS KE ‘PUMA TRAIN 24seven Malaysia’ 

  1. Muat turun applikasi pintar Dunia Sukan menerusi Google Play atau App Store.
  2. Daftar sebagai subscriber/ahli komuniti Dunia Sukan secara percuma.
  3. Berikan sebab mengapa anda mahu memenangi pass ke Puma Train 24 Seven Malaysia ini di ruangan komen di bawah.

Pemenang akan dipilih berdasarkan komen paling menarik serta memenuhi syarat pertama dan kedua (Kami boleh check tau korang dah muat turun dan daftar atau belum).