Connect with:




 

Minggu lepas, telah diadakan satu tayangan perdana filem mengenai Lee Chong Wei (LCW) di Stadium Bukit Jalil. Hampir 20 000 penonton yang hadir menonton tayangan perdana itu. Oleh itu, penulis merasakan anda patut menonton filem ini kerana banyak mesej yang di paparkan.

Filem ini menceritakan kisah perjalanan hidup LCW diawal karier beliau sehingga tahun 2006. Penulis bagi 5 sebab kenapa anda perlu menonton filem ini.

  1. Watak dilakonkan dengan begitu baik

    Rosyam Nor berjaya membawa watak misbun dengan begitu baik. Foto Kredit : TV3 Malaysia Official

Filem ini tambah lebih menarik kerana setiap watak yang diberikan berjaya di bawa dengan begitu baik sekali. Watak utama seperti Lee Chong Wei lakonan Jake Eng (LCW junior) dan Tosh Chan (LCW senior), Rosyam Nor sebagai Misbun Sidek, Mark Lee sebagai Lee Ah Chai (ayah LCW), Yeoh Yan Tan sebagai Khor Kim Chooi (ibu LCW), Freedie Wong sebagai The Peng Huat (jurulatih LCW) harus diberi pujian kerana berjaya membawa watak ini dengan begitu berkesan sekali.

LCW senior (kiri), LCW (Junior). Foto Kredit : Cinema.com.my

Malah lakonan mereka ini benar-benar memberi kesan emosi dan menyentuh jiwa kepada penonton ketika itu. Sampai satu tahap, anda akan menangis tanpa sedar dan penulis sendiri merasakan situasi itu ketika menonton filem ini.

  1. Hormat kepada jurulatih lama

    Jurulatih yang berjaya mengesan bakat LCW ketika di usia muda. Foto Kredit : GSC Movie

Satu perkara yang harus di puji adalah sifat ‘respect’ LCW kepada jurulatih lamanya meskipun sudah jadi pemain profesional. Hal ini kerana beliau tidak pernah melupakan siapa yang membantu mengasah bakat beliau hingga beliau ke skuad kebangsaan. Malah setiap kali pulang bercuti, beliau akan jumpa dengan jurulatihnya di tempat latihan.

  1. Kekeluargaan

    Foto Kredit : TV3 Malaysia Official

Pada awalnya ayah LCW cukup marah bila dapat tahu beliau mahu bermain badminton dan ayahnya sanggup rosakkan raket badminton demi menghalang beliau terus bermain badminton. Ketika ini anda tertanya-tanya kenapa ayahnya begitu marah kepada LCW untuk bermain badminton.

Namun di sebalik kemarahan ayahnya, rupanya terdapat satu peristiwa hitam yang pernah menghantui dirinya. Peristiwa itu juga ingin disampaikan kepada penonton yang ia telah lama wujud dalam sukan badminton.

Ibunya cuba memberi kata-kata semangat kepada LCW. Foto Kredit : TV3 Malaysia Official

Namun begitu, emaknya yang memahami hasrat anaknya untuk bergelar badminton yang profesional satu hari nanti sentiasa membantu anaknya untuk memenuhi cita-cita LCW.

  1. Semangat juang yang tak kenal erti putus asa

    Foto Kredit : TV3 Malaysia Official

Elemen ini yang memainkan peranan sangat penting di mana LCW di tidak pernah putus asa untuk capai-citanya menjadi pemain badminton terbaik dunia biarpun halangan demi halangan beliau tempuhi termasuklah dari ayahnya sendiri. Ketika menonton babak ini, penulis merasakan satu aura yang berkobar-kobar dan semangat juang yang tinggi.

Foto Kredit : TV3 Malaysia Official

Kepada anak muda, anda harus menonton filem ini kerana penulis yakin, anda akan dapat belajar semangat tidak pernah putus asa untuk capai sesuatu kejayaan yang diinginkan.

  1. Kerjasama antara kaum

    Foto Kredit : TV3 Malaysia Official

Filem LCW ini juga membuktikan bahawa rakyat di Malaysia boleh bersatu tanpa mengira agama dan bangsa. Buktinya, setiap kali perlawanan membabitkan atlet negara terutama LCW, semua orang memberi sokongan padu kepada beliau untuk capai kejayaan dan apbila beliau tewas, semua orang akan rasa sedih.

 

Penulis mengharapkan akan ada lebih banyak filem seperti ini yang menceritakan kisah perjalanan seorang atlet negara kerana ia mampu memberi kesan positif kepada masyarakat terutama anak muda. Kita perlu mencontohi negara India yang lakukan perkara ini terlebih dahulu daripada kita dan melalui file mini juga, generasi muda akan mengenali tokoh-tokoh sukan tanah air.

Foto Kredit : TV3 Malaysia Official

Bagi penulis filem ini memang terbaik kerana ia mampu menyentuh jiwa para penonton dan sebenarnya filem ini hendak menyampaikan kepada audien secara keseluruhan, filem ini ingin mencerita bahawa LCW tidak pernah berputus asa untuk menjadi pemain nombor 1 dunia.

Anda harus menonton filem ini yang akan di tayangkan pada 15 March di pawagan seluruh negara.

Rating

❹/❺

Foto Kredit : finas.gov.my