Setiap reka bentuk mesti akan ada sebab dan akan mewakili sesuatu perkara. Tidak terkecuali bola yang saban tahun berubah rekabentuk dan tenknologinya mengikut peredaran zaman. Kami senaraikan 5 reka bentuk bola sepak pilihan kami.
5. Fevernova (2002)
Adidas memainkan peranan penting selaku pereka bentuk bola dalam edisi Piala Dunia. Dalam edisi 2002 kali ini mereka mengubahsuai sedikit reka bentuk bola itu memandangkan Piala Dunia ketika itu diadakan di Jepun dan Korea Selatan.
Terdapat beberapa reka bentuk segi tiga seperti Heksagonal/ Pentagonal. Corak dia yang seperti api serta warna bola yang sedikit pudar atau kabur dan sedikit warna emas membawa kepada tarikan kepada bola ini.
4. Tango (1978)
Bola ini telah di perkenalkan ketika Piala Dunia 1978 di Argentina. Reka bentuk Tango ini bagi meneruskan corak beberapa dekad yang lalu. Kalau anda generasi baru, mesti anda akan melihat ia sedikit kurang menarik namum bola ini cukup terkenal ketika di eranya.
Malah jenama bola Tango juga pernah mencetus fenomena dalam kalangan kanak-kanak di era 80an ketika itu. Reka bentuk bulatan di bola itu seakan-akan cuba di sampaikan setiap benua yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan 4 tahun sekali ini.
3. Teamgeist (2006)
Ketika Piala Dunia 2006 di Jerman, Adidas tampil dengan reka bentuk yang lain dari yang lain apabila menampilkan bola yang di beri nama Teamgeist.
Malah ia direka secara fundamental untuk mengubah sedikit agar nampak lain dari bola sebelum ini. Bola ini juga di mengabungkan heksagon dan pentagonal yang di susun pada struktur empat radikal pada bola itu untuk nampak menarik.
2. Telstar Durlast (1974)
Warna putih hitam ketika zaman ini seakan-akan warna utama kepada reka bentuk bola. Malah tulisan dan corak pada bola telah nampak ia lebih ‘rare’.
Bola ini di perkenalkan ketika Piala Dunia 1974 yang diadakan di Jerman Barat. Jika ketika itu anda tanya kepada beberapa orang untuk lukis bola secara pantas, pasti heksagon dan pentagon putih hitam Telstar.
1 Azteca (1986)
Pertama kali anda melihat mesti anda akan berkata bahawa bola ini seakan sama seperti Tango. Namun sebenarnya bola ini di reka khas untuk Piala Dunia 1986 di Mexico bertujuan untuk menggambarkan seni bina dan mural Aztec negara itu.
Ini merupakan kali pertama corak bola direka dengan memasukan elemen warisan sesebuah negara tuan rumah dan memberi mesej kepada orang ramai mengenai sesebuah negara itu.
Jika anda masih mencari rekaan bola sepak mengikut citarasa anda sendiri, Figos kini menawarkan perkhidmatan untuk ‘customize’ atau ubahsuai bola anda dengan logo pasukan anda sendiri bagi mengikut kehendak anda.
Anda boleh ubahsuai mengikut logo pasukan anda sepertimana pasukan-pasukan professional lakukan sekarang!
MAKLUMAT LANJUT
Untuk lebih info mengenai bola ini, anda boleh ke laman web rasmi
Figos Sport ( http://www.figosport.com/)
atau laman media sosial mereka di
FACEBOOK (@figossportwear)
INSTAGRAM (@figossportwear)